Artical

MENGENALI KONSEP KREATIF KENDIRI ASAS KECEMERLANGAN INDIVIDU : MODUL KEM JATIDIRI

Kreatif kendiri adalah satu konsep di mana setiap individu itu lahirnya dengan nilai kreativiti yang tersendiri. Namun demikian, perlu diingatkan juga aspek kreatif itu hanya mampu menjadi aktif apabila diransang dengan betul. Malah ia bukan sahaj cukup apabila diransang, aspek kreatif tesebut juga perlu diamalkan serta dipupuk saban waktu.

Walaupun terdapat sesetengah pengkaji ilmuwan yang berpendapat bahawa tahap dan nilai kreativiti ini berkorelasi dengan darjah kecerdasan. Namun demikian, sebahagian besar pengkaji bidang psikologi kognitif pula mendapati kecerdasan hanyalah sebahagian kecil daripada keperluan untuk melahirkan daya kreativiti.

No photo description available.

Dalam erti kata lain, kecerdasan fikiran bukan faktor terpenting dalam aspek kreatif kendiri ini. Sejak kebelakangan ini, pakar-pakar psikologi kognitif telah menemuin elemen terpenting dalam memupuk kecerdasan dan kemahiran berfikir secara seimbang. Jika istilah IQ adalah label bagi kecerdasan logik, maka EQ pula ditakrifkan sebagai kepintaran menguasai emosi dan menjadi ukuran dalam memupuk pemikiran cemerlang.

Jika diperhatikan juga dalam silibus-silibus mata pelajaran di sekolah turut menerapkan konsep yang dipanggil KBAT iaitu konsep berfikir di luar kotak yang ternyata berjaya menjana sisi kecerdasan minda para pelajar. Sebuah kajian yang dijalankan oleh Howard Gardner pada tahun 1988 menyatakan bahawa manusia mempunyai tujuh tahap kecerdasan dalam diri masing-masing dalam konsep kreatif kendiri ini.

Image may contain: 9 people, people smiling

SEMUA INDIVIDU MEMPUNYAI KEMAHIRAN TERSENDIRI

Tujuh ciri kecerdasan itu adalah ;-

  1. Kemahiran liguistik : iaitu kemahiran menguasi bahasa. Apabila seseorang mampu menguasai bahasa maka dia mampu menjadi sasterawan, penulis, penyajak, atau juruhebah.
  2. Kemahiran kinestatik : sejenis kemahiran individu yang mahir menggerakkan bahagian-bahagian fizikal anggota badan seperti golongan penari, ahli sukan dan akrobatik.
  3. Kemahiran muzik : kemahiran menguasi irama, rentak dan alunan bunyi-bunyian. Golongan seperti ini mampu memainkan alatan muzik dengan baik seperti piano dan trompet.4
  4. Kemahiran spatial : sejenis kemahiran yang mampu menguasi ruang sama ada ruang udara, daratan dan lautan.
  5. Kemahiran interpersonal : kemahiran berunding dan berkomunikasi. Sebagai contoh ahli politik dan agen insurans.
  6. Kemahiran logic matematik : sejenis kemahiran bagi mereka yang mahir menggunakan otak kiri.
  7. Kemahiran intrapersonal : sejenis kemahiran dalam mengawal emosi diri supaya tidak bersikap terburu-buru dan sentiasa tenang dalam membuat keputusan.
  1. kemahiran muzik di ASIA CAMP

Kesimpulannya, setiap individu harus mengetahu kemahiran mana yang dikuasai oleh dirinya kemudian barulah dia mampu mengorak langkah dalam mencapai kejayaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *