Artical, clients

RAIKAN CINTA DENGAN KEUNIKAN DAN KEINDAHAN DI ASIA CAMP TAMAN NEGARA JERANTUT PAHANG

Meraikan cinta anda dengan memilih Asia Camp Taman Negara sebagai lokasi terbaik untuk andai dan pasangan mengabadikan kenangan cinta. Buat julung-julung kalinya, Asia Camp Taman Negara yang dahulunya lebih sinonim dengan pelaksanaan program dan kem motivasi oleh pelbagai jabatan, namun kini seiring dengan tambahan kelengkapan dan peralatan, pihak kami turut menawarkan pakej melansungkan perkahwinan di sini.

Dengan suasana hutan yang mendamaikan dan pemandangan alam semulajadi yang sangat menenangkan, lokasi kami bukan sahaja sesuai untuk diadakan majlis perkahwinan, malah sangat sesuai bagi pasangan yang ingin terus berbulan madu dan meraikan cinta bersama pasangan.

Saban hari, semua lapisan golongan masyarakat semakin sibuk dengan tugasan harian dan beban kerja. Jika dibandingkan dengan keadaan semasa majlis kenduri kendara yang diadakan 20 tahun yang lalu, konsep gotong royong atau merewang cukup sinonim semasa majlis perkahwinan. Dapat dilihat sebuah kampung pada masa itu berganding bahu dan cukup bekerjasama bermula dari persiapan mendirikan khemah perkahwinan hinggalah ke acara masak-memasak.

Namun demikian, seiring dengan kemajuan dan peredaran zaman, masyarakat lebih memilih untuk membiarkan majlis perkahwinan mereka diuruskan oleh wedding planner lantaran kesibukan kerja. Begitu juga dengan ahli keluarga. Untuk pulang ke kampung bagi menghadiri majlis meraikan cinta sebegini selama berhari-hari dianggap tidak relevan lagi.

pemandangan yang menenangkan

Selain kesukaran untuk mendapatkan kelulusan bagi tempoh cuti yang lama, jadual anak-anak juga pasti akan terganggung sekiranya ibu bapa bercuti terlalu lama. Maka, amatlah mudah bagi pasangan yang berhasrat untuk mengadakan majlis hari kebesaran mereka sebagai raja sehari di premis kami kerana selain ahli keluarga dapat berehat dan bersantai tanpa perlu renyah masak-memasak, di Asia Camp Taman Negara juga sangat sesuai untuk dijadikan tempat bagi seisi keluarga mengadakan program family day.

Ibarat kata pepatah sambil menyelam minum air, maka itulah pepatah yang paling sesuai bagi menerangkan bahawa premis ini bukan sahaja sesuai untuk meraikan raja sehari malah turut sesuai untuk memberikan masa berkualiti kepada seluruh isi keluarga dan saudara mara.