Artical, clients

MENCAPAI HIDUP YANG BERKUALITI – PRINSIP JATI DIRI UNTUK MENCAPAI KECEMERLANGAN

Hidup yang berkualiti tentu sahaja menjadi impian semua individu di dalam dunia ini. Namun begitu, tidak ramai yang menyedari bahawa hakikat untuk mendapatkan kehidupan sedemikian bukanlah semudah yang disangka. Justeru, kebiasannya melalui penerapan kehidupan positif dalam kem jati diri, akan dikongsikan ilmu kepada para peserta bagaimana cara mereka boleh mengatur kehidupan mereka supaya rutin harian menjadi lebih baik dan berkualiti.

Sehari yang berkualiti adalah bermula dengan :-

  1. Pagi yang bersemangat – rata-rata individu cemerlang dan berjaya memulakan harinya dengan bangun awal pagi dan tidak bermalas-malasan di atas katil. Ini kerana mereka menyedari bahawa prinsip hidup yang berkualiti adalah yang paling utama menghormati dan menghargai masa. Malah, pengurusan masa yang terbaik akan membantu seseorang berjaya dalam hidupnya.
  2. Ceriakan diri, hati pun bahagia – bayangkan dalam perjalanan seseorang ke sekolah atau ke tempat kerja, dan semua orang yang dijumpai dalam perjalanan tersenyum dan memberikan aura positif. Tentu sahaja semua yang ada di situ akan merasa senang hati. Ucapkan selamat pagi atau lazimkan tabiat memberi salam kepada sesiapa sahaja yang dijumpai. Pasti hati akan menjadi ceria dan bahagia.
  3. Penampilan kemas, yakin dan bergaya – tidak perlu bergaya dengan barangan mewah dan mahal untuk mempamerkan hidup yang berkualiti atau dengan tujuan untuk mendapatkan pujian daripada orang lain. Penampilan kemas, yakin dan bergaya di sini adalah merujuk kepada pakaian yang bersih dan sederhana yang sesuai untuk majlis tersebut. Sebagai contoh, baju yang terlebih labuci atau kilauannya adalah sama sekali tidak sesuai untuk dipakai ke pejabat. Justeru, baju kurung biasa yang ringkas dan bersih dan telah digosok kemas adalah tampak lebih sesuai dan meyakinkan.
  4. Bersedia untuk hari esok – sebaiknya sebelum masuk tidur, buatlah perancangan ringkas to do list tentang apa yang perlu diselesaikan pada keesokan harinya. Teknik to do list ini sangat membantu bagi mereka yang mudah terlupa untuk menyelesaikan tugasan lantaran terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan dalam masa satu hari lebih-lebih lagi bagi golongan ibu berkerjaya.

 

membuat to do list

 

ibu berkerjaya merehatkan minda di Asia Camp

Kesimpulannya, kita harus menyedari bahawa hari-hari yang berlalu tidak mungkin akan kembali. Justeru manfaatkan setiap hari dengan perkara positif dan jalani hidup yang berkualiti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *