Artical, Camp, Hobbies, Kem Latihan & Rekreasi, Motivation Quote, sembang santai rekreasi, Team Building

MEMBERI MOTIVASI KEPADA PASUKAN

Memberi motivasi kepada ahli pasukan adalah salah satu skill dan kemahiran yang perlu ada bagi setiap yang bergelar pemimpin atau ketua pasukan. Ilmu ini adalah turut didedahkan secara terperinci dan lebih lanjut dalam kem kempimpinan yang diadakan di Asia Camp.

Pelbagai cara dan kaedah yang boleh digunakan oleh para ketua pasukan dalam usaha untuk memotivasikan ahli pasukan mereka. Antara cara yang boleh digunakan adalah dengan melalui pemberian ganjaran sebagai tanda menghargai penat lelah mereka. Kajian menunjukkan melalui kaedah pemberian ganjaran ini bukan sahaja dapat memberikan aura positif kepada ahli malah dapat menggalakkan mereka supaya terus memberi motivasi kepada ahli pasukan yang lain.

Pemimpin yang mahu mendorong ahli pasukannya perlulah sentiasa memimpin dan menunjukkan mereka cara kerja yang dikehendaki dan bukannya membiarkan mereka terkontang-kanting sendirian memikirkan apa yang perlu dibuat. Ini perlu bagi mengelakkan mereka tersalah langkah dan mengambil keputusan “pandai-pandai sendiri” yang akhirnya bukan sahaja tidak membuahkan hasil malah menambah tekanan dan konflik dalam pasukan.

Persefahaman yang tinggi juga perlu dicapai dalam setiap perhubungan dua hal. Bagi ketua pasukan dan ahli, apabila wujudnya persefahaman maka adalah lebih mudah untuk mereka merangka langkah-langkah yang perlu diambil dan memastikan matlamat pasukan tidak tersasar dan mencapai kejayaan.

Melalui kaedah memberi motivasi kepada ahli pasukan juga akan memastikan semua yang terlibat sentiasa merasa gembira dan mereka sentiasa cuba memberikan khidmat yang terbaik kepada pasukan atau jabatan.

Sebagai seorang pemimpin juga mereka hendaklah sentiasa bersedia berubah ke arah kebaikan. Cara ini menggalakkan seorang pemimpin supaya berusaha mencari jalan penyelesaian. Beliau sendiri perlu menunjukkan bahawa dia adalah orang yang pertama yang menerajui sesuatu perkara yang baru dan seterusnya membimbing ahli pasukannya pula.

Terimalah tanggungjawab dalam hidup anda. Ketahuilah bahawa anda sendiri yang menentukan tempat yang adan tuju, bukannya orang lain – Les Brown

Seorang pemimpin juga adalah perlu untuk sentiasa bersikap proaktif untuk mencari jalan penyelesaian sekiranya konflik dalam pasukan timbul. Ia bagi memastikan sesebuah pasukan dan organisasi itu sentiasa berada dalam keadaan siap sedia bagi menangani sebarang masalah yang timbul.

Klik di sini untuk artikel seterusnya>>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *