Ilmu menangani konflik adalah perlu bagi setiap keluarga dan pasukan bagi membina semangat teambuilding yang kukuh dan utuh. Terdapat dua jenis konflik yang sering terjadi dalam hidup kita seharian. Iaitu yang pertama dikenali sebagai konflik isi. Konflik isi ini kebiasaannya berpusat kepada kebendaaan, perkara atau peristiwa. Sebagai contoh sesebuah keluarga yang bergaduh kerana material seperti duit atau kereta. Konflik isi juga boleh tercetus sekiranya seseorang itu lupa untuk melakukan perkara yang penting dalam perhubungan.
Jenis konflik yang kedua adalah konflik perhubungan. Sebagai contoh, seorang pekerja enggan patuh kepada penyelia lantaran penyelia gagal menyelia. Justeru, ilmu menangani konflik ini adalah sangat penting diselitkan dalam kem kepimpinan bagi mengekalkan semangat teambuilding.
Sebagai seorang penyelia yang bijak dan berkaliber, beliau hendaklah sentiasa mendengar dan mengambil berat pandangan pekerja bawahannya lebih-lebih lagi apabila tugasan tersebut melibatkan perkerja tersebut.
Tidak dinafikan konflik dan perhubungan tidak dapat dipisahkan. Setiap perhubungan mesti akan timbul konflik. Ia boleh diibaratkan sebagai asam garam dan rencah kehidupan. Namun apa yang penting adalah bagaimana sesebuah pasukan itu berusaha menangani konflik ini tadi. Konflik juga tidak semuanya membawa keburukan.
Ini kerana, apabila tercetusnya konflik barulah masing-masing memahami kehendak dan keperluan individu yang lain. Bagi mengelakkan keharmonian terjejas, maka ilmu menangani konflik ini sangat penting untuk difahami dan dipraktikkan sebaiknya.
Konflik juga dapat menjurangkan hubungan baik antara satu individu dengan individu yang lain. Apa yang penting sebagai manusia, usaha untuk melupakan dan memaafkan adalah sangat penting untuk mencapai semangat teambuilding dan mengukuhkan kerjasama dalam pasukan.
Jangan sesekali berasa hilang keyakinan atau membiarkan aura negatif menyelubungi diri kerana ia dikhuatiri akan menjadi punca depresi dan seterusnya mengakibatkan gejala yang lebih buruk. Pendekatan kerohanian dan agama adalah sangat penting semasa terjadinya konflik selain sokongan moral daripada orang-orang terdekat. Selain itu, pekerja juga digalakkan untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada kaunselor bertauliah dan berdaftar sebagai satu saluran untuk meluahkan masalah dan membuka minda.
Selagi matahari bersinar saya boleh melakukan apa sahaja. Tidak ada gunung yang tinggi, tidak ada kesukaran yang sukar diatasi – Wilma Rupord