Artical, Camp, Motivation Quote

KONFLIK UMPAMA AISBERG – TEKNIK KOMUNIKASI PASUKAN

Konflik umpama aisberg adalah satu perumpamaan dan kaedah yang menyifatkan masalah dalaman dalam sesebuah pasukan atau organisasi disamakan dengan sifat dan kedudukan aisberg. Penyataan ini menyifatkan bahawa berdasarkan keupayaan mata kasar seseorang individu itu, mereka hanya mampu untuk melihat masalah atau konflik di permukaan sahaja lantaran mereka sedang berada di atas daratan.

Kedudukan yang sebegini menyebabkan mereka tidak dapat melihat apa yang berada di bawah permukaan laut. Permukaan yang dapat dilihat hanya sebahagian kecil yang ditonjolkan melalui bentuk atau rupa aisberg tersebut. Manakala, pemandangan indah dasar laut yang sebenar pula telah terlindung di sebalik permukaan aisberg ini tadi.

Kritikan membina penting dalam memajukan diri dan merangsang perubahan dalam diri individu

Justeru, kaedah mengenalpasti konflik umpama aisberg ini seharusnya dapat membantu para ahli pasukan untuk mendalami dan menyelami isi sebenar konflik tersebut dan mengapa ia terjadi. Apa yang paling penting bagi setiap ahli pasukan yang terlibat dalam konflik tersebut adalah bukan hanya mahu menentukan siapa yang betul dan siapa yang salah tetapi juga mencari kata sepakat dan mewujudkan win win situation.

Beberapa cara telah dikenalpasti sebagai kaedah yang terbaik untuk meredakan konflik. Yang pertama adalah melalui cara persediaan diri di mana seseorang yang bakal melangkah ke alam baru seperti memasuki alam pekerjaan perlu memahami dirinya sendiri terlebih dahulu.

Ini kerana konflik umpama aisberg menjadikan kedudukan konflik tidak dapat dilihat menggunakan mata hati tetapi hanya menilai konflik dengan mata kasar. Adalah mustahil bagi seseorang untuk membuat mencari hikmah di sebalik setiap konflik yang terjadi sekiranya dirinya tidak mempunyai jati diri yang utuh dan tidak mengenali diri sendiri dengan lebih baik.

Selain itu juga, nilai dan sikap yang positif yang sentiasa cuba dipupuk dari masa ke semasa juga membantu untuk mencari penyelesaian konflik dengan lebih baik. Mengambil langkah untuk sentiasa bermuhasabah diri juga sangat penting dalam memastikan setiap keputusan yang diambil adalah rasional.

Adalah penting bagi setiap individu untuk mengetahui bahawa satu keburukan tidak akan dapat diselesaikan dengan mengambil langkah yang buruk melainkan dengan persediaan teguh mental, fizikal dan kewangan.

Visi yang jelas disokong oleh pelan yang pasti memberikan anda satu keyakinan yang besar dan kuasa dalam diri – Brian Tracy

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *