Artical, Camp, clients, Hobbies, Kem Latihan & Rekreasi, sembang santai rekreasi, Team Building

KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI

Keindahan alam semulajadi pasti memukau pandangan dan jiwa setiap yang bergelar insan di muka bumi ini. Pemandangan kehijauan gunung-ganang, pohon-pohon redup, keindahan matahari terbit dan terbenam, kicauan burung dan unggas yang merdu mengulit deria pendengaran ditambah pula kesegaran air daripada anak sungai dan tasik yang terbentang luas. Semua ciri-ciri yang dinyatakan di atas adalah satu anugerah Tuhan kepada manusia dan seharusnya kita menghargai setiap pemberianNya yang tiada terhitung nilai.

Apa yang menarik bagi golongan pencinta alam semulajadi, semua kriteria yang dinyatakan tersebut ada di Asia Camp. Justeru, Asia Camp diwujudkan bukan sahaja untuk mengadakan kem, tetapi untuk menikmati keindahan alam semulajadi kepada para pengunjung khususnya mereka yang datang dari kotaraya.

Jika dibandingkan dengan pemandangan dan suasana di kota raya ia nyata jauh berbeza dengan pusat riadah Asia Camp. Lokasi kami yang terletak di Kuala Kubu Baru memberikan kelebihan sebagai satu pusat riadah santai yang memenuhi semua citarasa pencinta alam natural. Bagi golongan pencinta alam ini, berada dalam hutan belukar dan rimbunan pohon adalah satu terapi diri untuk menghilangkan tekanan dan melupakan sejenak pelbagai masalah yang melanda.

Salah satu aktiviti lasak seperti Flying Fox pula memberi peluang kepada mereka melepaskan tekanan dengan menjerit sekuat hati sambil memerhatikan keindahan alam semulajadi.

Tidak perlu ragu-ragu lagi sekiranya anda bercadang untuk mencari tempat riadah dan percutian dalam masa yang sama. Para peserta yang pernah menjalani pelbagai aktiviti Kem Motivasi di Asia Camp hampir semua merasai pengalaman yang menyeronokkan yang tidak boleh diperolehi apabila mereka berada di bandar.

Gunung ganang hutan belantara, Tasik luas indah terbentang, Asia Camp untuk mengembara, Menerokai keindahan hijau memandang.

Tambahan lagi, tidak salah untuk anda meluangkan sedikit masa untuk reward diri sendiri dengan bercuti di pusat riadah Asia Camp dan menikmati keindahan panoramanya. Perkara yang baik tentu lebih manis jika dikongsi bersama. Jadi bawalah ahli keluarga anda bersama atau teman-teman sepejabat, satu kolej atau satu pasukan anda untuk merasai dan melihat sendiri panorama yang disajikan. Hubungi pihak pentadbiran Asia Camp untuk menempah tarikh anda. Semoga percutian anda menjadi satu kenangan manis yang akan dikenang sehingga bila-bila.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *