Keganasan mulut atau juga dikenali oleh para ahli psikologi sebagai Verbal Aggressiveness adalah salah satu gejala negatif yang menjadi racun dalam semua bentuk hubungan tidak mengira hubungan dalam kekeluargaan mahupun hubungan dalam pasukan.
Meraka yang dikenalpasti mempunyai gejala negatif ini biasanya terbahagi kepada dua iaitu yang pertama kategori serangan mulut dan kategori yang kedua pula adalah banyak mulut. Kedua-dua konsep ini menerangkan bahawa terdapat begitu banyak kesalahan yang boleh berlaku dalam komunikasi hubungan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Natihah daripada gejala negatif ini tentu sahaja akan memecahbelahkan perpaduan dan semangat berpasukan tidak dapat dicapai.
Keganasan mulut yang berbentuk serangan mulut adalah salah satu bentuk cara yang digunakan oleh ahli untuk memenangi perbalahan. Ia lebih kronik apabila ahli pasukan tersebut menyedari bahawa apa yang diperkatakan olehnya adalah salah namun tetap cuba untuk mempertahankan benang yang basah.
Rentetan itu, ahli tersebut sanggup mengeluarkan kata-kata kesat atau kata-kata yang berbentuk sindiran dengan tujuan untuk melukakan hati ahli pasukan yang lain. Sebagai contoh kata-kata yang sering dilemparkan apabila tercetusnya perbalahan adalah seperti “Perempuan tua tak sedar diri!”. Ada juga yang menggunakan istilah penghinaan bodyshaming bagi tujuan memalukan ahli pasukan yang lain seperti mencela mereka yang bertubuh gempal.
Keganasan mulut juga dikategorikan apabila ahli melemparkan hinaan secara peribadi sehinggan menyembut keturunan atau hal-hal peribadi seperti keluarga dan status. Justeru, dapat dirumuskan di sini gejala ini adalah sangat negatif dan boleh menyebabkan bukan sahaja runtuhnya semangat berpasukan malah apa yang lebih membimbangkan akan wujudnya dendam sesama ahli pula.
Pepatah yang mengatakan Silent is Golden adalah benar dan tepat. Ini kerana dengan berdiam diri akan dapat mengelakkan pelbagai masalah yang timbul berbanding berdebat dan bertelagah untuk menentukan siapa yang menang atau siapa yang lebih hebat kerana hakikatnya pada pengakhiran pertelingkahan tiada siapa yang menang. Yang tinggal hanyalah kenangan yang menyakitkan dan merosakkan hubungan baik dalam pasukan.
Manusia memerlukan masa hanya dua tahun untuk bercakap, tetapi lima puluh tahun untuk belajar menutup mulutnya – Ernest Hemingway