Kebolehan komunikasi membolehkan karisma seseorang pelajar dapat dicipta dengan baik. Tahap Karisma dalam kalangan pelajar akan menjadi semakin meningkat apabila mereka tahu cara berkomunikasi dan menguasainya dengan baik.
Pelajar yang pandai berkomunikasi akan membuatkan orang sekeliling suka mendekati mereka. Situasi itu juga menunjukkan karisma dalam diri setiap pelajar semakin terserlah dan semakin meningkat naik.
Dengan terserlahnya karisma seseorang itu maka mudah untuk mereka mencapai matlamat yang diingini seperti menjadi pelajar yang disukai dan sebagainya.
Tips meningkatkan kebolehan komunikasi adalah:
- Bukan sekadar menunjukkan simpati, tetapi menunjukan empati dengan tidak merendah-rendahkan ujian yang sedang dihadapi rakan. Pelajar yang berkarisma akan sentiasa membantu rakan-rakan yang memerlukan pertolongan.
- Menjadi pendengar yang baik dengan banyak menutup mulut dan menyembunyikan perasaan tidak puas hati. Seorang pelajar yang berkarisma sentiasa mengetahui masa sesuai untuk menggunakan gajet dan memberi perhatian kepada rakan-rakan ketika sedang bercakap.
- Tidak menjadi hakim terhadap apa yang rakan lain telah lakukanatau katakan. Seorang pelajar yang tinggi dengan sikap karismanya juga tidak mudah menilai pendapat rakan yang lain, sebaliknya mengangguk tanda faham dan berlapang dada dengan pandang orang lain.
- Memberi pendapat hanya apabila diminta. Pelajar yang mempunyai daya karisma yang tinggi juga lebih suka mendengar pendapat rakan-rakan sekolah dalam sesuatu perkara contohnya cara menyelesaikan tugasan sekolah. Dan tidak akan ragu untuk memberi pandangan apabila diminta.
- Tidak mengkritik idea yang bercanggah dengan pendapat sendiri. Sikap pelajar yang berkarisma juga tidak akan mengkritik idea rakan lain sekiranya ada percanggahan, sebaliknya cuba menerima dengan hati yang terbuka atau membuktikan idea itu kurang sesuai digunakan dengan cara baik.
- Menggunakan intonasi yang betul. Jangan selalu menjerit atau berkasar ketika berkomunikasi dengan rakan-rakan atau guru. Pilih intonasi sederhana yang membolehkan orang mendengar pertuturan kita dengan jelas dan faham. Jika sedang marah, elakkan diri daripada bercakap atau berkomunikasi dengan rakan-rakan.
Ilmu komunikasi sangat penting dikuasai pelajar ketika berada di sekolah menengah supaya mereka mudah bergaul dan lebih menonjol. Untuk menguasainya pelajar perlu melatih diri dengan mencuba tips di atas.