Team Building

Jungle Trekking di Taman Negara

Jungle Trekking di Taman Negara

Sebut tentang Jungle Treking di Taman Negara. Mesti ada yang suka aktiviti yang lasak seperti Jungle Treking kan?

Saya adalah salah seorang pengemar dengan aktiviti seperti ini. Sebelum sy nak melakukan aktiviti seperti ini,terlebih dahulu sy akan research dulu tempat-tempat yang menarik.

Dan salah satu tempat yang menarik perhatian saya untuk pergi adalah di Taman Negara Jerantut. Taman Negara Jerantut adalah hutan tertua di Malaysia. Mendengar mengenai itu pon dah buat saya terkobar-kobar nak terokai hutan tersebut.

Taman Negara Pahang terletak di Jerantut Pahang. Kira-kira 1 jam perjalanan untuk masuk ke kawasan Taman Negara dari Bandar Jerantut. Jauh kan?Tapi ia tidak mematahkan semangat saya untuk meneruskan perjalanan saya ke sana.

Sebelum kita nak ke sana,pertama sekali kita kena tahu cuaca di sana macam mana,sama ada hujan atau tidak. Jika hujan aktiviti seperti Jungle Trekking tidak dibenarkan kerana risau keadaan jalan yang licin dan juga risau tentang pokok-pokok yang tumbang.

Iyelah dah nama hutan tertua,mesti ada pokok-pokok yang dah uzur kan. Cuaca paling sesuai adalah cuaca yg panas dan erti kata lain cuaca yang cantik la ye.

Saya bersama kawan saya seramai 3 orang akan pergi kesana menaiki kereta sendiri. Kami pandu sendiri ye.

Nasib baik jalan ke sana cantik. Dan kami tiba disana pada pukul 5petang setelah 7 jam perjalan dari Johor. Kami menginap di Asia Camp Resort. Dan kami juga buat tempahan untuk aktiviti dengan AsiaCamp juga. Kami memulakan aktiviti kami pada keesokkan harinya iaitu sudah semestinya Jungle Trekking.

Kami memulakan aktiviti kami pada pukul 9 pagi. Kami gerak dari resort pada pukul 8. 30 pagi. Kami pergi ke main jetty menaiki hilux daripada Asiacamp Resort. Resort mereka menyediakan pengangkutan secara percuma untuk semua penggungjung Asia Camp. Menarik kan?

Untuk aktiviti ini kami pergi bersama guide yang ada di Taman Negara. Jangan risau guide yang ada disini semuanye pempunyai lesen sebagai guide dan diiktiraf oleh Kementerian Pelancongan.

Untuk aktiviti Jungle Trekking juga anda juga boleh pergi sendiri tanpa guide. Tapi saya prefer untuk pergi dengan guide kerana lebih selamat dan kita akan tahu lebih banyak info mengenai hutan tertua ini.

Sebelum masuk ke kawasan Taman Negara,kite mestilah mengambil permit masuk ke Taman Negara terlebih dahulu.

Harga permit RM1 sahaja dan valid sampai kite last day di Taman Negara ni. Guide kami membawa kami masuk ke kawasan hutan yang penuh dengan pokok-pokok besar. Dan di setiap pokok ada nama die. Macam-macam pokok kami temui. Dan pokok dia bear-besar. Sangatlah cantik dan sangat mengagumkan.

Guide kami juga menceritakan juga megenai pokok dan ape kelebihan pokok yg ada. wow menakjubkan. Sambil kami berjalan,kami juga menikmati flora dan fauna dan melihat air sungai tembeling yang sangat cantik.

Dan jika kita lucky,kita akan nampak binatang seperti ular,serangga yang kita tak pernah tahu kewujudannya juga kita akan tahu ketika itu.

Malah guide juga bagitahu ada kalanya kita akan ternampak rusa dan tapir. Ini adalah binatang yang ada di dalam kawasan Taman Negara ini.

Bukit Teresek

Kami berjalan kira-kira 20 minit dan kami mula menaiki bukit yang dinamakan Bukit Teresek. Tinggi bukit teresek kira 334meter. Perjalanan ke sana mengambil masa selama 2 jam  dan jaraknaya sejauh 1. 7 kilometer.

Jangan risau kerana jalan disini berplatform dan tanahnya rata sahaja. Untuk orang yang baru nak cuba aktiviti ni jangan lupa sediakan air mineral ye. Perjalannya agak memenatkan tetapi bila kite sampai di kemuncaknya,satu kepuasan untuk kita.

Wow sangat cantik pemandangan dari atas bukit. Kita boleh nampak sungai dan pemandangan hutan tertua yang sangat luas. Sewaktu kami sampai di puncak keadaanya masih berkabus dan suasana sangat sejuk dan sangat nyaman. Kalau korang nak tahu dari sini kita boleh nampak puncak Gunung Tahan!wow sangat best.

Selesai kami tangkap gambar dan menikmati pemandangan di sana,kami turun dengan perasaan sangat berpuas hati.

Aktiviti kami tidah habis di situ sahaja. Selepas kami menaiki Bukit Teresek kami pula menaiki titian jambatan gantung atau dikenali sebagai Canopy Walkway. Panjang canopy walkway sepanjang 550 meter dan paling terpanjang di dunia. Dan kanopy ni,adalah kanopy yang tergantung pada pokok-pokok yang ada di dalam hutan Taman Negara. Pada mulanya kami sangat takut. Sebab memang sangat tinggi. Tapi lama kelamaan ia menjadi sangat best. Jangan risau,di setiap point akan ada staff perhilitan yang pantau perjalan kita sepanjang meniti kanopy tersebut. Memang tak rugi kalau datang ke sini.

Kami menaiki jambatan gantung tersebut lebih kurang satu jam setengah sahaja. Dan selesai semuanya kami pulang semula ke resort melalui jalan yang sama. SO,kepada sesiapa yang belum cuba lagi,boleh la cuba aktiviti ini. Harga yang mereka tawarkan juga sangat berpatutan. Try la.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *