Team Building

5 IDEA TEAM BUILDING YANG PASTI DISUKAI OLEH PESERTA

5 IDEA TEAM BUILDING YANG PASTI DISUKAI OLEH PESERTA

Oleh : ISMAIL MUAHARAN

Idea team building merupakan tindakan awal yang bagus untuk membina pasukan. Pasukan yang mempunyai bonding yang rapat adalah pasukan yang memiliki team building yang kuat.

Latihan bina pasukan atau team building adalah latihan yang popular di Malaysia. Ia menggabungkan pelbagai aktiviti sebagai modul teras atau pengisian latihan.

Aktivitinya juga terdiri dari aktiviti dalam dewan (indoor) dan aktiviti luar (outdoor). Kebiasaannya aktiviti akan dimulakan mengikut turutan keutamaan agar dapat mengekalkan momentum.

Sebagai permulaan, aktiviti biasanya akan dimulakan dengan sesi ‘ice breaking’. Ia bertujuan untuk membantu individu memulakan proses melibatkan diri dalam membentuk pasukan.

5 aktiviti yang pasti disukai oleh peserta adalah seperti berikut :

  1. Suaikenal
  2. Betul ke Bohong?
  3. Temu Ramah
  4. Apa Khabar Semua!
  5. Identiti Pasukan

Suaikenal

Individu diminta untuk memperkenalkan nama dan beberapa fakta tentang diri mereka. Ini adalah untuk mewujudkan perkenalan dan menggalakkan interaksi di antara ahli kumpulan.

Betul ke Bohong?

Setiap individu dikehendaki menyediakan 3 (tiga) pernyataan tentang diri mereka. 2 (dua) pernyataan yang benar dan 1 (satu) pernyataan yang tidak benar.

Seterusnya, ahli kumpulan yang lain akan cuba mengenalpasti kebenaran pernyataan tersebut.

Aktiviti ini dapat menambahkan lagi kemesraan di kalangan peserta serta mewujudkan kepercayaan.

Temu Ramah

Peserta akan dipasangkan secara rawak. Setiap pasangan diberikan masa serentak 5 (lima) minit untuk menemuramah pasangan masing-masing. Selepas itu, semua peserta diminta untuk berkumpul semula. Peserta akan dipilih secara rawak untuk memperkenalkan pasangan masing-masing kepada semua.

Ini dapat menonjolkan bakat kepimpinan serta meningkatkan keyakinan diri peserta.

Apa Khabar Semua !

Semasa sesi ini, semua peserta dikehendaki untuk memberi respon secara serentak. Jurulatih akan menunjukkan bagaimanakah caranya untuk menjawab laungan pertanyaan.

Respon tersebut akan disulami dengan beberapa pergerakan tangan dan kaki. Jurulatih akan mula bertanyakan khabar kepada peserta dengan laungan

“apa khabar semua…?!!” Seterusnya, peserta akan menjawab laungan tersebut dengan

jawapan “baik…!!! Sangat baik…!!! Terrrbaik…!!! Ini akan menggegar semangat

mereka di dalam melakukan yang terbaik sepanjang latihan.

Identiti Pasukan

Semua pasukan dikehendaki untuk menyediakan identiti pasukan mereka. Identiti ini merangkumi nama pasukan nama pasukan dan keceriaan pasukan. Nama pasukan haruslah mengikut tema yang diberikan.

Di samping itu, pasukan mestilah menyediakan keceriaan pasukan seperti sorakan, lagu dan sebagainya. Ini untuk menggalakkan mereka berfikir secara kolektif dan mengekalkan semangat sebagai satu pasukan.

Selamat mencuba idea team building ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *