Budaya rasialisme dalam pasukan adalah perkara yang sering terjadi di mana-mana sahaja. Budaya ini merupakan satu didikan budaya yang sangat jelik dan memberikan impak negatif kepada bukan sahaja individu malah keseluhan organisasi. Budaya negatif ini sering dimomokkan kepada masyarakat supaya memilih mereka yang dianggap layak bergaul sahaja. Sebagai contoh :-
- Pelajar kelas cemerlang tidak mahu bergaul dengan pelajar kelas bawahan.
- Golongan professional memandang rendah terhadap kumpulan sokongan dalam sektor awam.
- Golongan yang berkerjaya memandang rendah kepada mereka yang berkerja di kedai-kedai makan.
- Adik beradik yang berjaya mengamalkan budaya rasialisme dalam pasukan dengan cara memandang rendah kepada adik beradik lain yang kurang kaya dan berjaya.
Kesemua contoh dan situasi di atas menerangkan bagaimana tanggapan seseorang individu itu dalam merendah-rendahkan martabat individu yang lain TANPA mereka menyedari bahawa sebenarnya dalam kelompok dan konteks berpasukan semua orang memerlukan antara satu sama lain.
Sebagai contoh situasi yang pertama tadi adalah di mana seorang pelajar yang sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan memandang rendah kepada pelajar yang berada di dalam kelas belakang. Hakikatnya, dia tidak menyedari bahawa pelajar yang dianggapnya tidak cemerlang itu dianugerahkan pula dengan bakat dan kebolehan dalam sukan.
Justeru, dalam konsep budaya rasialisme dalam pasukan yang sering menjadi ajaran turun temurun ini, mereka tidak menyedari bahawa kedua-dua mereka adalah sama penting dalam menaikkan dan mengharumkan nama sekolah.
Begitu juga dengan sesebuah organisasi jabatan kerajaan misalnya di mana ada golongan profesional yang kurang senang dengan golongan pelaksana seperti kerani misalnya. Mereka juga tidak menyedari bahawa setiap jawatan yang diwujudkan mempunyai kepentingan yang sama bagi memastikan sesebuah jabatan itu dapat beroperasi dengan baik.
Tidak ketinggalan juga dengan situasi yang keempat di mana ada di kalangan adik beradik yang kaya dan berjaya memandang rendah kepada adik beradik yang tinggal di kampung. Walhal, ahli keluarga yang kurang berjaya itulah yang banyak membantu menjaga ibu bapa dan memudahkan urusan ahli keluarga yang lain supaya tidak perlu bimbang dan hanya perlu fokus menguruskan hal mereka sahaja.
Kesimpulannya di sini, budaya negatif ini adalah racun terbesar dalam teambuilding dan perlu dikikis segera sekiranya ia telah mula kelihatan.