Artical, Camp, Kem Latihan & Rekreasi, Team Building

Ice Breaking Melatih Konsentrasi

Ice breaking seringkali digunakan sebagai langkah pertama dalam memulakan sesi latihan di dalam program-program rekreasi, workshop,  ceramah atau seminar. Fokus utama ice breaking ini adalah bertujuan bagi mewujudkan suasana yang aktif, meriah dan tidak kekok. Istilah ice breaking ini dari sudut bahasa adalah padanan dua patah kata dalam bahasa Inggeris yaitu ‘ice’ dan ‘breaking’ atau ‘breaker’ yang membawa maksud kepada memecahkan ais. Umum mengetahui bahawa sifat ais adalah beku dan keras. Makanya, ice breaking adalah satu kegiatan atau aktiviti untuk memecahkan kebekuan ais dan mencairkan suasana agar lebih gembira, tidak mengantuk atau membosankan.

Perbezaan latar belakang, status, usia, pekerjaan, kebiasaan harian, jabatan dan skop kerja menyebabkan wujudnya ruang pemisah di antara satu individual dengan individual yang lain. Oleh itu, proses meleburkan dinding-dinding ais atau ice breaking di antara individual itu penting dalam memastikan kelancaran dan kelestarian perjalanan program. Hasil dari ice breaking ini membolehkan para peserta lebih mengenal antara satu sama lain dan mewujudkan ruang interaksi yang lebih akrab. Di samping itu, ice breaking membantu ke arah team building dan bekerjasama, mencipta suasana yang lebih aktif penyertaannya dan membina rasa selesa di dalam lingkungan rakan-rakan dan suasana yang baru.

Terdapat pelbagai modul yang boleh digunapakai bagi tujuan ice breaking ini, sama ada berbentuk indoor atau outdoor, menggunakan peralatan ataupun tidak. Namun yang pasti, sesi ice breaking ini memerlukan seorang MC atau moderator untuk menjalankan sesi ice breaking dan memerlukan konsentrasi tinggi dari seluruh peserta.

Berikut merupakan 3 contoh permainan yang dilakukan dalam modul ice breaking dalam meningkatkan konsentrasi para peserta program di pusat latihan dan rekreasi di Asia Camp.

1) Pengenalan diri bersama kod khas tembakan gaya

Setiap pelajar mengenalkan diri beserta kod khas dan tembak gaya yang unik

Permainan ini merupakan indoor games yang bersifat santai. Setiap peserta diwajibkan mengenalkan diri secara ringkas dan membuat gaya mimik muka atau gerakan badan yang unik. Arahan yang diterima adalah setiap gerakan hanya sekali sahaja dan tidak boleh ditiru oleh peserta yang lain.

Di akhirnya, moderator memilih peserta secara rawak dengan menghimpunkan gerakan yang menggunakan anggota badan yang sama, bilangan gerakan yang sama, dan bertanyakan kepada peserta lain secara rawak akan gerakan peserta yang lain yang unik.

2) Sorakan bersegi kumpulan besar

Para peserta menyusun kerusi dan duduk dalam corak bulatan besar
Moderator dan peserta dengan kod khas berada di tengah kumpulan besar

Permainan ini lebih berskala besar kerana bilangan pesertanya lebih ramai. Ia merupakan indoor game yang memerlukan para peserta duduk mengelilingi moderator di dalam dewan besar dan mendengar arahan semasa moderator. Arahan pertama adalah sorakan mengikut segi dan gerakan tangan moderator.

Antara permainan lain yang dijalankan adalah persamaan bulan lahir, awalan nama, bilangan patah nama, menyambung hujung kata dalam nyanyian.

3) Bulatan pusar manusia

Aktiviti ini menguji ketahanan fizikal para peserta

Permainan ketiga melibatkan outdoor game. Para peserta dikehendaki membuat bulatan pusar dalam keadaan meniarap dan bertampi. Peserta diberikan arahan untuk menahan diri selama masa yang diberikan oleh moderator dari bangun dalam keadaan sedemikian. Permainan ini menguji ketahanan fizikal peserta dan team building kumpulan dalam sokongan moral kepada ahli yang lain.

Kesimpulannya, terdapat 1001 ragam permainan yang boleh dilakukan bagi tujuan ice breaking sesama peserta. Apa yang pasti ia memerlukan kerjasama para peserta dalam melibatkan diri, kemahiran menerima dan mendengar arahan dan berfikir secara kreatif dan kritis. Secara tidak langsung, permainan-permainan ini membuka ruang sesama peserta di dalam kumpulan untuk membantu menyelesaikan masalah, belajar tentang objektif permainan tersebut, melibatkan diri dengan lebih aktif dan mengenali antara satu sama yang lain.

Akhirnya, ia mampu mengekalkan konsentrasi dan minat para peserta untuk terus mengikuti modul yang diberikan dan diajarkan oleh para fasilitator. 

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *