Teori ganjaran terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :-
- Ganjaran sosial
- Ganjaran simbolik
- Ganjaran kerja
Ketiga-tiga teori ini sama ada disedari atau tidak oleh ketua jabatan atau ketua pasukan akan menentukan tindak balas para pekerja dan mutu kerja mereka dari masa ke semasa. Dalam teori ganjaran sosial adalah di mana seseorang ketua menuturkan kata-kata yang menunjukkan penghargaan kepada anak buahnya.
Berdasarkan beberapa kajian yang telah dijalankan, suatu kesan yang lebih baik dan sangat positif kepada ahli pasukan sekiranya penghargaan dan pujian datang daripada ketua yang berstatus paling tinggi dalam sesebuah organisasi menerusi teori ganjaran ini.
Contoh-contoh teori ganjaran sosial adalah seperti : –
- Pujian lisan yang spesifik.
- Surat pujian dan penghargaan.
- Pengiktirafan secara terbuka seperti di Perhimpunan Pagi.
- Jamuan keraian.
- Diminta menjadi penasihat atau mentor.
- Diminta menyampaikan ceramah berkaitan bidang tugas.
- Diberi anugerah “PEKERJA CONTOH”.
Jika dalam masyarakat umum, gelaran-gelaran yang diberikan seperti datuk, dato’, tan sri, datuk seri dan pelbagai gelaran atau pingat kebesaran adalah sebagai tanda simbolik ganjaran sosial kepada mereka yang telah banyak menabur jasa dan bakti dalam sesuatu bidang seperti bidang akademi, seni, sains, sosial mahupun dalam bidang seni.
Selain ganjaran sosial, teori ganjaran juga menyatakan bahawa dua jenis lagi ganjaran yang dikenali sebagai ganjaran simbolik dan ganjaran kerja turut memberikan semangat positif dalam membentuk semangat positif dalam melaksanakan tugasan. Ganjaran simbolik ini adalah lebih kepada penghargaan material apabila seseorang ahli itu telah berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam jabatan atau pasukan.
Contoh-contoh ganjaran simbolik pula adalah seperti :-
- Memberikan trofi atau plak penghargaan.
- Bilik pejabat sendiri.
- Hadiah peribadi seperti pen, tali leher atau jam tangan.
Contoh-contoh ganjaran kerja pula adalah sepertu berikut :-
- Kenaikan pangkat
- Diberikan kuasa mengawal pasukan lain
- Dilantik ke dalam jawatankuasa penting
- Diberi peluang untuk belajar atau kursus untuk memajukan diri
Kesimpulannya, teori ganjaran ini akan mewujudkan satu perasaan yang menunjukkan bahawa perkerja atau ahli pasukan dihargai dan mendorong mereka untuk lebih bersemangat pada masa akan datang.