Water Rafting (Part 2)

Seterusnya, setelah kesemua keperluan pemasangan rakit telah lengkap, ikatan dan simpulan rakit telah disemak oleh jurulatih, para peserta diarahkan untuk membawa rakit mereka ke tepi tasik untuk dilayarkan. Aktiviti mengusung rakit ini juga telah mula menampakkan rasa ‘excited’, rasa tidak sabar, teruja dan bersemangat para peserta untuk berakit. Mereka seluruhnya bersama-sama bergandingan bahu untuk menyiapkan modul ini sebaik mungkin.

Para peserta melepaskan rakit ke dalam air dan membuat final check ke atas rakit berkenaan
Para peserta menaiki rakit dan memulakan dayungan, satu rakit buatan ini mampu menampung sehingga 10-12 orang muatan

Tidak  dapat dinafikan bahawa modul water rafting ini merupakan sukan rekreasi yang penuh risiko (high risk sport). Risiko di sini dilihat dari aspek keselamatan para peserta atau pemain dan juga persediaan kemampuan mental peserta. Ketidakseimbangan muatan dan susun atur ahli kumpulan di rakit mampu menyebabkan rakit terbalik dan para peserta terdedah kepada risiko lemas. Oleh yang demikian, pemakaian life-jacket adalah amat penting bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Secara keseluruhannya, aktiviti atau modul water rafting ini menuntut kepada kemahiran. Kemahiran ini memerlukan masa untuk berkembang dan ini akan menjadikan pemasangan, pengusungan rakit serta pengemudian rakit di dalam air menjadi lebih terurus dan efisien. Melalui modul ini, para peserta mempelajari kefahaman teknikal, kemampuan mental dan ketahanan fizikal yang seterusnya akan berkembang kepada pengetahuan mengenai sifat-sifat sungai, peluang berlatih mendayung, dan langkah-langkah keselamatan ketika berlaku kecemasan di dalam air.

Apa yang menarik, sukan rekreasi air atau modul water rafting ini sesungguhnya merupakan satu terapi yang menarik yang boleh digunapakai bagi menghilangkan kelesuan selepas bekerja, meningkatkan daya fokus dan stamina badan ke arah yang lebih baik.

https://www.youtube.com/watch?v=AJP_GenATXM
Mari kita ikuti video pendek perjalanan modul water rafting oleh para peserta dari UNISZA pada sesi yang lepas.

Testimoni langsung dari peserta Kolej Komuniti Kuala Langat.

https://www.youtube.com/watch?v=KsfayspEkzs

UNTUK TEMPAHAN DAN QUOTATION HARGA, SILA HUBUNG NO YANG BERKENAAN:

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Water Rafting (Part 1)

Water rafting merupakan salah satu aktiviti luar yang makin diminati oleh masyarakat. Di sesetengah tempat di negara kita, water rafting ini menjadi sukan rekreasi air yang kian digilai oleh para belia. Apa itu water rafting sebenarnya? Secara kasarnya, ia dikenali sebagai aktiviti atau sukan air yang melibatkan rakit atau bot dan dipandu dengan dayungan oleh para pemainnya. Kebiasaannya, sukan water rafting ini dijalankan di air putih atau ‘white water’ yang melibatkan jeram terjunan, di sungai, tasik atau empangan. Water rafting tidak digunakan di lautan ya!

Terdapat 4 alatan utama yang diperlukan untuk aktiviti ini; (1) rakit, (2) pendayung atau ‘paddles’, (3) ‘life-jacket’, dan (4) alatan apungan untuk masa-masa kecemasan.

Di pusat latihan dan rekreasi Asia Camp, aktiviti water rafting ini merupakan modul yang paling ditunggu-tungu oleh para peserta. Kami menyasarkan 2 objektif utama untuk modul ini yaitu; (i) semangat kerjasama sepasukan, dan (ii) persediaan stamina, kelasakan, kekuatan tangan dan keseimbangan tubuh badan ketika di atas bot.

Nampaknya seperti mudah, bukan? Mari kita perhalusi lagi.

Dalam modul ini, objektif pertama yang harus dilalui oleh para peserta di Asia Camp melibatkan kerjasama untuk memasangkan dan menyiapkan rakit.

Ikatan pada kayu yang digunakan untuk membuat rakit biasanya menggunakan kaedah ‘Shear Lashing’,

Shear dan Tripod Lashing merujuk kepada ikatan asas bagi aktiviti water rafting
Kaedah ikatan Diagonal Lashing pula biasanya digunakan untuk mengikat objek yang lebih besar seperti tong udara, pokok, gerbang atau pondok

Gambar-gambar di bawah merupakan aktiviti pemasangan peralatan bagi tujuan water rafting. Para peserta menggunakan aplikasi teknik ikatan dan simpulan dari ‘Shear dan Tripod Lashing’ untuk memasang tapak atau ‘base’ bagi rakit. Dalam modul ini, pelatih di Asia Camp menggunakan tong-tong biru kosong sebagai bahan apungan. Galah yang disediakan haruslah diikatkan oleh para peserta sebagai kekangan ruang bagi memasukkan tong-tong biru sebagai apungan. Tong biru besar ini sesuai digunakan sebagai bahan apungan kerana ia menyokong lebih banyak ruangan udara dan bebanan berat muatan rakit peserta nanti.

Gelajat para peserta program memasangkan base sebagai tapak menggunakan galah yang diikatkan dengan ikatan shear lashing dan tripod lashing
Setelah ‘base’ rakit disiapkan, para peserta kemudiannya memasang tong-tong besar biru sebagai bahan apungan bagi rakit

Semasa aktiviti pemasangan rakit dan bahan apungan ini, semangat kerjasama pasukan merupakan suatu elemen yang penting. Ini kerana kepantasan ahli kumpulan menyiapkan pemasangan, komunikasi kedudukan ahli dan penyelarasan kerja akan memastikan kerja disiapkan dengan cepat dan rakit selamat untuk dinaiki. Oleh itu, ‘sequence’ arahan oleh ketua kumpulan dan kerja dari setiap ahli amat penting bagi mengelakkan kegagalan rakit untuk terapung di kemudian hari.

Bersambung di Part 2…

 

Klik disini untuk artikel seterusnya>>