Tips Menguruskan Kesalahan Disiplin Staff
Tips Menguruskan Kesalahan Disiplin Staff
Hari ini, Rihanna datang ke pejabat dengan keadaan tidak bertudung seperti biasa. Semenjak ada seorang lelaki yang menghantarnya ke tempat kerja, perangai Rihanna telah berubah.
Ini adalah hal yang selalu dialami oleh majikan dan rakan kerja. Perubahan sikap dan tingkahlaku peribadi rakan kerja yang lain akan menganggu mata kita. Hal ini mendorong kita untuk menegur perbuatan tersebut.
Tindak balas biasa
Apa yang terjadi kebiasaanya:
- Kita cenderung untuk menyiasat siapa lelaki tersebut. Dalam erti kata lain, kita mahu mengintip kehidupan Rihanna.
- Kita teringin sangat bertanya-tanya dengan rakan kerja yang lain perihal Rihanna. Akhirnya membawa kita perbuatan mengumpat.
- Kita berusaha untuk menasihati Rihanna dengan cara yang bertubi-tubi dalam bentuk desakan. Akhirnya, Rihanna akan menjauh diri dari kita.
Tindak balas lain
Oleh itu, kita boleh cuba kaedah tutup mata. Kita mesti selalu menegur apa-apa yang positif dilakukan Rihanna. Kita mesti puji dia depan orang lain. Puji dihadapan orang lain.
Apabila kita puji dia, maruahnya naik. Akan datang semacam rasa semangat berada ditempat kerja. Rasa inilah yang akan mendorong dia menyiapkan kerja-kerja yang penting untuk syarikat
Jika kita mahu serius mengubah dirinya, lakukan ini. Iktiraf semua kerjanya dengan memuji hasil kerjanya. Nanti, sehingga dia mahu meminta nasihat daripada kita. Masa itulah, kita boleh menegur dia.
Contoh lain
Contoh lain adalah, pekerja datang lewat ke tempat kerja. Hal ini menjadi hal biasa di dalam organisasi kecil dan sebesar-besar organisasi. Ada yang tidak kisah pun datang lewat dan sedia ditolak gaji.
Seseorang rasa senang hati apabila gajinya ditolak. Kita sudah menegurnya banyak kali dan surat sudah pun dikeluarkan. Bagi kebanyakkan orang, apabila kita tidak menegur kesalahan tersebut nanti akan menjadi ikutan kepada orang lain.
Kes besar kepala juga adalah sesuatu yang tidak diingini berlaku jika kita tidak menegur perbuatan tersebut.
Kita boleh cuba memuji apa yang bagus semasa dia datang lewat. Mungkin pakaian nya kemas, penampilan dia menarik. Atau mungkin dia datang awal sedikit pada hari ini berbanding semalam. Walaupun masih lewat.
Hal ini akan menyebabkan maruahnya dilindungi. Apabila kita rasa ada rakan lain melindungi maruah kita, kita pasti terfikir bagaimana kita mahu membalasnya.