KEUNIKAN ALAM SEMULAJADI DI ASIA CAMP TAMAN NEGARA
Keunikan alam semulajadi di Asia Camp Taman Negara Jerantut Pahang adalah satu kenyataan yang tidak asing lagi bagi sesiapa yang pernah menjejakkan kaki dan melihat sendiri khazanah alam ini. Salah satu pemandangan yang indah adalah di LATA BERKOH Taman Negara dengan pemandangan matahari terbenam yang dapat dilihat semasa menaiki sampan menelusuri anak sungai.
Dengan dikelilingi hutan rimba yang masih lagi pekat bau hutannya yang turur digelar HUTAN DARA, ketenangan bercuti dan melepaskan segala tekanan di tempat kerja mahupun di rumah. Malah, jika ada anak kecil yang teringin untuk merasai pengalaman mandi-manda di sungai juga boleh merasai pengalaman tersebut.
Tidak cukup dengan itu, keunikan alam semulajadi turut dapat dirasai melalui pengalaman rapid shooting di sekitar Sungai Lata Berkoh. Selain daripada itu, para pengunjung dan peserta kem turut dapat merasai pengalaman meniti jambatan gantung yang ada di Asia Camp Taman Negara Jerantut Pahang.
Bagi sesiapa yang mahukan pakej percutian yang menenangkan dan tidak mahu bersesak-sesak di tepi pantai atau pulau, tidak dinafikan Asia Camp Taman Negara boleh menjadi antara pilihan yang sesuai.
Pelbagai jenis makanan seperti sajian western dan msakan lauk kampung turut disajikan di restoran yang pasti bakal membuka selera. Justeru, isu makanan tidaklah menjadi masalah lagi apabila para pengunjung bercuti di sini.
Selain daripada itu, keindahan dan keunikan alam semulajadi di Asia Camp Jerantut Pahang ini dapat dirasai dengan pemandangan indah air terjun dan gua. Salah satu cara terapi yang paling baik untuk membuang segala penat lelah setelah tekun berlajar mahupun bekerja. Malah, pelbagai aktiviti turut disediakan sekiranya ada jabatan yang berminat untuk menjalankan kem motivasi di sini seperti lawatan ke kampung orang asli dan berakit.
Jika para pengunjung berhasrat untuk merasai pengalaman bercuti, chalet persendirian dengan bilik penginapan yang sesuai turut disediakan. Justeru, tidak rugi sekiranya anda meletakkan Asia Camp Resort Taman Negara Jerantut Pahang ini sebagai salah satu destinasi percutian yang harus dicuba. AsiaCamp resort juga merupakan salah satu tempat menarik untuk kem kepimpinan selain sebagai destinasi keluarga.