Pakej Family Day
Pakej Family Day
Pakej family Day merupakan event tahunan syarikat yang biasanya dilaksanakan oleh syarikat. Ia mendatangkan banyak manfaat kepada syarikat yang menjalankan aktiviti ini. Berikut adalah manfaat melaksanakan program family day.
a. Mengeratkan hubungan antara staf.
Ini adalah kebajikan sosial yang boleh disumbangkan syarikat kepada pekerja. Setiap hari pekerja berkomunikasi di tempat kerja bercakap tentang hal ehwal syarikat.
Menjelang event family day, mereka dapat membawa keluarga berkenalan sesama sendiri. ini tentulah dapat mengeratkan hubungan sesama mereka.
Di dalam event yang seronok ini, pastinya komunikasi terjalin dengan lebih mudah dan bersemangat. Komunikasi sangat penting di dlam membina pasukan. Pasukan yang terbina baik mempunyai ahli yang menjalinkan hubungan sosial dengan erat.
Apabila hubungan terjalin semakin erat, produktiviti syarikat pasti akan meningkat.
b. Sebagai landasan untuk memberi penghargaan staff
Setelah setahun staff mengejar KPI masing-masing, tentulah mereka akan berasa gembira apabila hasil kerja mereka diiktiraf di tempat umum. Tambahan pula apabila pengumuman ini di buat di tengah-tengah crowd yang ramai. Pasti akan memberi lebih motivasi kepada staff.
Banyak cara penghargaan boleh diberikan di tempat umum. Antaranya adalah memberikan
- hadiah peralatan berkaitan rumah
- sijil penghargaan
- saguhati untuk keluarga yang hadir
- kata-kata pujian dari ketua jabatan
c. Sebagai sumbangan khidmat komuniti syarikat.
Sumbangan yang mana terbaik untuk syarikat? adakah kepada orang lain, kampung lain atau keluarga sendiri?. Ya, semua sumbangan adalah bagus dan amat digalakan untuk dilaksanakan. Banyak jenis sumbangan yang biasanya dilakukan oleh syarikat untuk program komuniti. Antaranya:
- melawat ke rumah anak yatim
- Program komuniti ke rumah jagaan orang tua
- melawat perkampungan orang asli
- membersihkan rumah ibadah
- bantuan kewangan kepada orang susah
Namun, sumbangan terbaik adalah dimulakan dengan lingkungan keluarga sendiri. Di dalam konteks ini, khidmat terbaik sebelum syarikat keluar ke menjalankan program khidmat masyarakat adalah menyumbang ke pekerja sendiri.
Pekerja adalah keluarga syarikat yang perlu diutamakan sebelum yang lain.
d. Memperbaiki emosi keluarga pekerja.
Ada dikalangan ketua keluarga di syarikat kita mempunyai kometmen tinggi. Ini kerana boleh jadi akan beberapa sebab yang tertentu. Boleh jadi kerana sejarah silam kewangan tentang hutang, keluarga yang besar, komitmen terhadap masalah kesihatan keluarga.
Ini menjadi sebab kemungkinan ada keluarga pekerja tidak pun dapat melakukan aktiviti bersama-sama diluar rumah.
Ada yang sudah lama tidak melancong dan melawat sesama seisi keluarga. Dengan adanya program hari keluarga, sudah tentu mengembirakan keluarga pekerja.
Kami di AsiaCamp ada menyediakan aktiviti family day untuk syarikat yang ingin melaksanakan. Kami sedia membantu dari a-z tentang pemibikinan event family day. Ini adalah antara srt famili day yang sesuai untuk kanak-kanak.
Ada beberapa jenis family day yang boleh dilaksanakan. Ia adalah:
- Konsep BBQ
- Konsep Karnival
- Konsep Annual Dinner
- Konsep aktiviti outdoor
- Konsep pelancongan.
Untuk konsep karnival ianya sesuai melibatkan jumlah nombor pekerja yang besar. Ianya melibatkan banyak faktor untuk menjadikan ianya 1 event yang berjaya. Kebolehan meramal demografi pegujung sangat penting di dalam menjayakan famili day.
Di AsiaCamp sendiri, kami pernah melaksanakan event seramai 3000 orang serentak. Semua senario dan kemungkinan harus diambil kira.
Contohnya, berapa banyak kereta yang akan parking di satu-satu masa. Apa plan kotigensi apabila berlaku nya hujan atau kemalangan. Pengalaman penganjur menjadi faktor penting di dalam melaksanakan aktiviti family day.
Peralatan yang bersesuaian juga penting di dalam menjayakan satu-satu konsep family day.
Ini adalah set paralatan untuk family day konsep karnival:
Set A: Rental RM600 per unit
Set B: Rental RM700 Per Unit
Set C: Rental RM1800 per unit
Set D: Rental RM900 per day
Seandainya mahukan aktiviti bersifat outdoor, kami juga ada sediakan. Ini termasuklah program kayak, explorace, karnival besar-besaran.
Hubungi pegawai kami untuk info lanjut.