Mengaplikasi Nilai-nilai Keusahawanan Dalam Memimpin Organisasi Awam
Mengaplikasi Nilai-nilai Keusahawanan Dalam Memimpin Organisasi Awam
Dikemukakan oleh: ABS Digital Media Sdn. Bhd.
- Tajuk Modul: MENGAPLIKASI NILAI-NILAI KEUSAHAWANAN DALAM MEMIMPIN ORGANISASI AWAM
- Tempoh Kursus: 2 hari 1 malam
- Struktur Kursus: 30% penerangan. 70% latihan
- Lead Consultants: Ustaz Ahmad Shukri Yusoff & Pn. Ainon Mohd.
- Lead Trainer: Tn. Syamsul Amri Abdul Razak
- Pasukan Jurulatih: Tn. Abdul Halim Ismail, Pn. Nurhidayah Jaafar, Tn. Mohd Alif Haikal, Pn. Suhaili Ikhsan.
- Buku Rujukan: LEAD LIKE MUHAMMAD, Ainon Mohd., PTS Publications 2021
- LATAR BELAKANG MODUL
Modul ini dibuat berdasarkan sebuah hadith sahih yang dilaporkan oleh Imam Bukhari iaitu hadith ‘Enam Ciri Personaliti Nabi’
Aisyah melaporkan pada suatu hari Nabi Muhammad pulang ke rumah dalam keadaan takut dan bimbang dengan membawa ayat wahyu. Beliau menemui Khadijah lalu berkata, “Selimuti daku, selimuti daku!” Beliau pun diselimuti sehingga hilang ketakutannya. Kemudian beliau menceritakan peristiwa itu kepada Khadijah, “Saya benar-benar bimbangkan diri saya.” Khadijah berkata, “Janganlah begitu, bergembiralah! Demi Allah, Allah tidak akan mengkhianatimu, selama-lamanya. Demi Allah! Sesungguhnya, dikau memelihara hubungan baik, bercakap benar, memikul beban orang lain, suka mengusahakan sesuatu yang belum ada, meraikan tetamu dan sentiasa membela pihak yang benar.”
Dalam hadith itu Khadijah menyebut enam ciri personaliti Nabi. Khadijah kenal Nabi sebagai seorang usahawan bidang perdagangan semenjak Nabi berusia 18 tahun sehingga peristiwa Gua Hira’ itu, yakni usia Nabi 40 tahun. Sebelum menjadi Rasul, Nabi adalah seorang usahawan sepenuh masa.
Enam ciri personaliti Nabi yang disebut oleh Khadijah adalah:
Ciri 1: Memelihara hubungan baik
Ciri 2: Bercakap benar
Ciri 3: Memikul beban orang lain
Ciri 4: Mengusahakan sesuatu yang belum ada
Ciri 5: Meraikan tetamu
Ciri 6: Membela pihak yang benar
- APLIKASI 6 CIRI PERSONALITI NABI DALAM ORGANISASI
- Mencipta soalan dan pertanyaan dalam temuduga.
Soalan temuduga perlu dibuat supaya dari jawapan yang diberikan oleh calon, maka akan diketahui apakah dia mempunyai sikap-sikap positif sebagaimana yang ada pada personaliti Nabi. Tanyakan soalan yang dapat mengorek apakah calon mempunyai enam sikap positif itu.
- Memilih dan mengambil pekerja.
Dalam kes di mana calon-calon yang ditemuduga mempunyai kelulusan akademik yang sama, bakat yang sama, dan skill yang sama, maka pilih calon yang mempunyai enam ciri personaliti Nabi.
- Memilih kakitangan yang layak dinaikkan pangkat.
Kenaikan pangkat bermakna dia akan mempunyai orang bawahan, yakni dia menjadi ketua. Pilih calon yang mempunyai ciri-ciri personaliti Nabi.
- JADUAL KURSUS
MODUL 1: MEMELIHARA HUBUNGAN BAIK
Usahawan yang berjaya sangat mementingkan hubungan baik. Mereka melabur dalam aktiviti networking dan kolaborasi. Mereka takkan bergaduh dan bermusuh dengan mana-mana pihak. Mereka sanggup mengalah demi memelihara hubungan baik.
Hadith rujukan: ‘Si Himar’ dan Hadith ‘Konflik Dua VIP’
MODUL 2: BERCAKAP BENAR
Usahawan yang berjaya sangat menjaga kepercayaan pelanggan servis dan pengguna produk mereka. Mereka mematuhi Akta Periklanan di mana mereka tidak akan membuat iklan yang memberi gambaran palsu tentang produk mereka. Mereka juga mematuhi dan mengotakan perjanjian dalam kontrak bisnes mereka.
Hadith rujukan: ‘Abu Dzar Tidak Suka’.
MODUL 3: MEMIKUL BEBAN ORANG LAIN
Usahawan yang berjaya adalah mereka yang menyelesaikan masalah dan kepayahan orang-orang lain dengan mencipta servis dan produk sebagai solusi. Mereka juga menyediakan bajet bagi membantu projek-projek kebajikan demi kebaikan masyarakat.
Hadith rujukan: ‘Pahala Untuk Orang Yang Tidak Berpuasa’.
MODUL 4: MENGUSAHAKAN YANG BELUM ADA
Usahawan yang berjaya adalah mereka yang kreatif dan inovatif. Mereka mencipta servis-servis dan produk-produk yang lebih bagus, lebih praktikal, lebih bermanfaat, yang sebelumnbya tidak wujud dalam pasaran.
Hadith rujukan: ‘Bilal Baca Azan’
MODUL 5: MERAIKAN TETAMU
Usahawan yang berjaya adalah mereka yang mempunyai skill diplomatik yang tinggi dan halus. Mereka mampu menjalin hubungan baik dan kerjasama dengan sesiapa sahaja, tanpa mengira perbezaan status sosial, ekonomi, bangsa, budaya dan agama.
Hadith rujukan: ‘Arak Untuk Nabi’.
MODUL 6: MEMBELA PIHAK YANG BENAR
Usahawan yang berjaya sangat menghormati hak-hak dan maruah semua pihak. Apabila mereka sendiri silap, mereka akan terima kesilapan itu dan bayar gantirugi.
Hadith rujukan: ‘Orang Baik Menolong Syaitan’
- HASIL KURSUS
Kakitangan kerajaan yang mengikuti kursus ini faham bahawa:
- Sebenarnya, tidaklah susah hendak memiliki ciri-ciri personaliti macam Nabi.
- Tiap-tiap hari mereka dapat mengaplikasi nilai-nilai keusahawan di tempat mereka bertugas meskipun mereka bukan orang bisnes.
TAMAT