Tips Mencampuri Urusan Peribadi di Tempat Kerja.
Tips Mencampuri Urusan Peribadi di Tempat Kerja.
Mula-mula, kita mesti memahami ada 2 jenis ketua di tempat kerja.
1. Ketua yang people-orienteed
Ketua ini mementingkan dengan siapa mereka bekerja. Dia sangat mementingkan motivasi staff dan akan lebih banyak masa dihabiskan untuk memberi suntikan semanfat berkerja.
Dia sangat mementingkan emosi dan kegembiraan staff sewaktu bertugas. Ini dilakukan dengan merangsang suasana kerja yang positif.
Apabila staff berkerja dengan gembira, hasil pengeluaran akan lebih baik.
Cara ini mendorong ketua campur tangan hal staff diluar pejabat. Kerapkali semangat pekerja berkait rapat dengan masalah peribadi staff.
Emosi pekerja tidak bagus akan menyebabkan kerja jadi lambat. Hasil kerja akan dibawah kualiti yang diharapkan.
Kerapkali berlaku anak buah cenderung melanggar SOP kerja akibat masalah peribadi.
Ini kerana mereka percaya, ketua akan bertimbangrasa dengan mereka nanti.
Masalah disiplin berkaitan peraturan kerja juga mungkin terjadi. Ia seperti lewat masuk kerja dan rehat mengikut waktu yang staff sukai.
Mereka percaya ketua memahami staff sudah penat berkerja dan perlukan rehat mengikut masa mereka. Perkara ini sudah tentulah menurunkan produktiviti syarikat.
Ia sekaligus menaikkan kos syarikat. Masalah ini berlaku apabila ketua menjadikan staff sebagai kawan ditempat kerja.
2. Ketua yang task-oriented
Apa-apa juga tugas ditangan ketua mesti diselesaikan. Dia akan melihat lebih kepada dateline syarikat dan kualiti suatu kerja.
Dia sangat mementingkan kualiti peralatan yang digunakan staff. Dia juga sangat mematuhi sistem dan peraturan.
Dia tahu, apabila anak buah dapat menyiapkan tugasan dengan baik pada waktu kerja, dia tidak perlu lagi menggangu waktu luar kerja staff.
SOP dan etika kerja digunakan secara maksimum ketika kerja. Dia tidak hirau cara bagaimana staff datang ke pejabat. Keadaan emosi ketika memulakan kerja bukan menjadi urusan ketua.
Staff mesti mengasingkan hal di rumah dan hal dipejabat. Mana-mana yang tidak berkaitan dengan SOP kerja seperti semangat dan emosi pekerja kerapkali diabaikan.
Ketua jenis ini sangat percaya dengan adanya kecepatan di dalam membuat keputusan.
Keputusan lewat diambang krisis merugikan syarikat. Keputusan yang cepat sewaktu ada peluang menguntungkan syarikat.
Apabila syarikat untung, nanti staff juga akan mendapat untung.
Walaubagaimanapun, perasaan dan emosi staff terpasa diabaikan dengan tidak sengaja. Ini berikutan dari siri membuat keputusan yang cepat selalunya tidak melibatkan mereka.
Staff rasa terasing dan sikap gembira dengan hasil kerja yang dihasilkan menurun. Ini kerana staff tidak lagi mampu melihat masa hadapan syarikat bersama-sama dengan mereka.
Visi dan misi syarikat hanya berlegar dikalangan orang atasan. Staff operasi tidak diberi tempat di dalam melontar idea.
Kesihatan mental perkerja bakal terjejas apabila ditambah dengan masalah peribadi pekerja.
Mencampuri Urusan Peribadi
Sebagai ketua yang baik. Kita mestilah baik kepada staff. Kita juga pada masa yang sama mesti baik kepada syarikat.
Ketua yang baik memastikan suasana yang seimbang di tempat kerja. Sikap people -oriented dan task-oriented mestilah kena pada tempatnya. Sikap ini perlu seimbang.
Ada 4 cara bertindak berkaitan untuk mencampuri urusan peribadi staff.
A. Hanya mencampuri urusan peribadi staff apabila staff sendiri yang bertanya.
B. Seandainya staff kita bakal menjadi mangsa kepada hal peribadi buruk staff lain, kita mesti sebutkan hal itu dengan spesifik.
C. Hal peribadi yang buruk itu jangan diulas-ulas. Cukup sekadar bakal staff yang mengadu itu dapat membuat keputusan yang lebih baik.
D. Jika staff yang mengadu tidak mahu mengikut saranan kita, kita mesti membuat penegasan bahawa kita adalah pengurus dia. Staff tersebut pada awalnya mesti memiliki niat untuk berkongsi masalah tersebut kerana dia menganggap kita adalah orang yang layak memberi panduan. Oleh itu, kita mesti berikan penegasan tersebut.
Inilah kebijaksaan seorang ketua yang ingin bergelar pemimpin.