Tips mudah menarik hati pelanggan

a. Pelanggan berurusan dengan kita dengan sejarah pengalaman yang berbeza.

Oleh itu, tidak semua yang berfikir dengan cara kita berfikir. Oleh itu, apabila memulakan perbualan dengan pelanggan, mulakan dengan membina hubungan sebagai langkah awal menarik hati pelanggan.

Elakkan dari menjual terus. Membina hubungam dengan pelanggan banyak manfaat nya. Ia mendorong mereka untuk menyampaikan hasrat mereka kepada kita dengan sentimen yang menyenangkan.

b. Apabila membina hubungan, ia bukan lah bermaksud kita perlu bertanya latar belakang mereka dimana, asal dimana dan latar belakang keluarga. Ini namanya membina hubungan mesra. Hubungan yang digalakkan adalah membina hubungan profesional.

Membina hubungan cara ini adalah dengan mempraktiskan skill mendengar apa yang disampaikan oleh pelanggan.Ada juga pelanggan yang kurang bercakap.

Oleh itu, kita mesti mendorong mereka untuk bercakap dengan menggunakan gaya soalan terbuka. Gaya soalan terbuka memberi ruang kepada pelanggan memindahkan kehendak yang ada pada mereka untuk difahami kita.

c. Maka, waktu kritikal pelanggan menilai kita adalah bukanlah semata-mata kepada perbentangan produk kita. Ia adalah semasa mereka menyatakan kehendak mereka, cara bagaimanakah kita mendengar dan menerima perkhidmatan yang pelanggan mahukan.

Kerapkali terjadi pelanggan berkualiti angkat kaki dan tidak jadi membeli kerana meskipun dalam fikiran kita produk/servis ini begitu diperlukan pelanggan, kita gagal memberi bahasa yang sama difahami pelanggan bahawa mereka perlukan produk/servis kita.

d. Oleh itu, amat penting kepada penjual menggunakan bahasa pelanggan. Meskipun penjual memahami bahasa mereka adalah bahasa yang sama makna dengan pelanggan, ini tidak bermaksud pelanggan tahu bahawa bahasa mereka adalah bahasa yang sama dengan yang disebutkan penjual.

Contohnya, apabila kita sedang menerima tempahan Kursus Pemantapan Staff. Yang ada di dalam kepala kita, adalah kursus Pembinaan pasukan. Kita jangan sibuk bercerita tentang kursus pembinaan pasukan, cerita tentang kursus pemantapan staff.

Walaupun dalam otak kita kursus ini ada kaitan dengan peningkatan staff, kita mesti sebut nama kursus pemantapan staff berulang-ulang lalu sangkutkan ia dengan tawaran-tawaran kita.d. Setelah kita yakin pelanggan telah menyampaikan hasrat mereka, dan kita yakin telah mengikut rentak pelanggan.

Kita pasti akan nampak kelompongan permintaan mereka. Jikapun pelanggan telah salah di dalam menyatakan kehendak mereka, kita jangan kata mereka tidak betul.

Cara yang bagus adalah terus sahaja menyatakan pendapat kita bersandarkan fakta dan pengalaman kita. Penjual mesti mempraktiskan gaya menjual dengan mendidik pelanggan dan memberi info berguna.

e. Seterusnya apabila kita sedang membuat perbentangan balas, penjual mesti tahu membezakan ciri produk dan manfaat produk. Setiap ciri-ciri produk mesti diceritakan manfaatnya.

Pelanggan lebih mudah menerima kita apabila mereka rasakan manfaat produk bersesuaian dengan kita. Contohnya, payung ini kecil, ini adalah ciri. Payung mudah dibawa kemana-mana, ini adalah manfaat.Skil ini adalah skill berbentuk “consultative skill”.

Skil ini perlu ada pada semua penjual. Skil menarik hati pelanggan.

https://youtu.be/UcdrDQS6OQ4

Jom sertai kursus keusahawanan anjuran AsiaCamp di Kem latihan kami!