Tips Keselamatan Ketika Mendaki Gunung

Tips Keselamatan Ketika Mendaki Gunung

Pendakian gunung telah menjadi trend di kalangan keluarga, remaja dan warga emas yang mampu untuk melakukan aktiviti yang lasak serta menggunakan stamina yang banyak untuk menawan gunung yang tinggi atau rendah. Nature guide juga disediakan untuk pendaki yang baru ingin menceburi bidang pendakian ini. Pendakian boleh dibuat secara individu atau berkumpulan untuk keselesaan masing-masing ketika mendaki. Pendakian bukan sahaja merangkumi mendaki tanah, tetapi perlu memanjat dan menyeberangi sungai untuk mencapai objektif iaitu kepuncak gunung atau bukit yang didaki.

 

  1. Berjalan / Trekking DenganSelamat
  • Sentiasa berjalan mengikut jalan denai untuk memastikan perjalanan untuk ke puncak tercapai. Sekiranya tersesat sebaiknya mengikuti denai ataupun laluan haiwan.
  • Dilarang mendaki gunung yang melebihi 1,000m secara bersendirian tanpa “Nature Guide” yang sah untuk isu keselamatan kerana sekiranya berlaku kecederaan yang berat ia akan menyusahkan diri sendiri dan pihak Bomba dan Penyelamat.
  • Jika anda tersesat atau salah jalan, STOP
    • S – Berhenti (stop)
    • T – Fikir (think)
    • O – Perhati (observe)
    • P – Rancang (plan)

 

  1. Tips Kesihatan

-Untuk menawan gunung yang melebihi 1,000m, dinasihatkan agar membuat aktiviti sukan yang boleh membina stamina seperti berjogging dan berbasikal, berenang dan senaman yang baik untuk jantung dan menguatkan sistem kardiovaskular individu dan pentingnya individu untuk membawa air mineral untuk memastikan badan sentiasa segar dan elakkan daripada berlakunya dehidarasi.

  1. Iklim dan Cuaca

-Suhu harian di hari biasa adalah di antara 21’C sehingga 32’C, tetapi ketika kita berada di tanah tinggi atau hutan, suhu boleh menurun sehingga 15’C kerana ditutup dengan pokok-pokok yang tinggi dan lebat.

 

  1. Leave No Trace Ethics (Etika Beraktiviti di Kawasan Semulajadi)

 

Take Nothing But Pictures (selfie and wefie), Leave Nothing But Foot Prints

  • Ada yang berpendapat bahawa apabila pendakian tamat di puncak ia akan memberi kepuasan kepada individu kerana di pandangan individu tersebut sekiranya kita mencapai objektif (Puncak), kita dapat satu kepuasan dan ditambah dengan suasana yang tenang. Ia juga memotivasikan individu tersebut untuk membuat pendakian seterusnya dengan mental yang lebih baik. Yang paling ditekankan adalah ketika mendaki, jangan sesekali meninggalkan sampah dan hanya meninggalkan kenangan dan gambar swafoto untuk dikongsikan bersama.

 

Dihasilkan Oleh

Mohd Faez Aiman

Disusunkan Oleh

Muhammad Anas Mustaffa dan AsiaCamp team

 

Klik disini untuk artikel seterusnya>>