Program Membina Kerjaya Dalam Dunia Politik
PROGRAM MEMBINA KERJAYA DALAM DUNIA POLITIK
Anjuran: SEKOLAH STRATEGI JANDA BAIK
- PESERTA PROGRAM
- Individu yang sudah melibatkan diri dalam organisasi politik tetapi berasa dirinya tersangkut, tidak naik-naik, tidak bergerak, masih berada di takuk lama dalam hirarki organisasi.
- Individu yang mahu bekerja di bawah tokoh politik, contohnya mahu bertugas di pejabat menteri sebagai setiausaha politik kepada menteri.
- Individu yang mempunyai minat dan angan-angan mahu menceburi kerjaya dalam bidang politik, contohnya mahu menjadi calon dalam pilihanraya.
- Usahawan dan pegawai awam yang perlu bekerjasama dengan orang politik.
- KELEBIHAN PROGRAM
- Program ini adalah program ILMU KERJAYA DALAM BIDANG POLITIK.
- Program ini bukan program KEPARTIAN.
- Program ini mengajarkan ilmu-ilmu dan skill-skill yang diperlukan oleh sesiapa sahaja yang bercita-cita mahu memajukan diri dalam kerjaya sebagai ahli politik, ataupun sebagai pekerja dalam pejabat tokoh politik.
- Fokus konten program ini adalah mengasah SOCIAL SKILLS yang menjadi alat kerja utama bagi orang politik dan bagi pekerja politik.
- Ilmu-ilmu dan skill yang diajarkan dalam program ini dapat digunakan dalam kerjaya profesional dan dalam dunia bisnes.
- KONTEN PROGRAM
Ilmu, skill, strategi, dan taktikal yang menjadi asas menaikkan diri dalam organisasi politik:
MODUL PERMULAAN
- Belajar apa itu karisma dan daya pengaruh.
- Belajar teknik mengaplikasi teori social beauty, likeability, acceptability, dan electability.
- Belajar teknik mengaplikasi teori modal budaya bagi menaikkan daya pengaruh.
- Belajar teknik mengaplikasi teori homophily dan mirroring
- Belajar teknik mengaplikasi teori personal branding bagi mencipta imej sebagai mempunyai bakat pemimpin.
- Belajar teknik membangunkan modal budaya tinggi bagi menaikkan nilai diri di mata golongan atasan.
MODUL PERTENGAHAN
- Belajar teknik bercakap dan berbual-bual dengan menggunakan gaya bahasa yang berdaya pengaruh.
- Belajar strategi menjual idea dan pendapat dalam mesyuarat supaya pengerusi terpengaruh.
- Belajar teknik menyampaikan ucapan yang audiens suka dan puas hati mendengarnya.
- Belajar menggunakan pelbagai ganjaran sosial bagi mengekalkan sokongan pengikut.
- Belajar strategi membela diri dengan cara yang efektif, supaya dapat mengekalkan karisma, yakni dengan tidak dipandang sebagai kasar dan offensive.
MODUL LANJUTAN
- Belajar menjual bakat dan potensi diri kepada orang atasan yang mempunyai kuasa melantik ke jawatan politik.
- Belajar mengumpulkan tribe dan penyokong dengan menggunakan platform kelab dan persatuan.
- Belajar memotivasi dan menaikkan semangat penyokong, pengikut, pekerja, orang bawahan, dan sukarelawan dalam kelab dan persatuan.
- Belajar strategi leverage dan kolaborasi.
- Belajar strategi berunding.
- Belajar mengurus kekalahan dan kerugian supaya dapat bangun semula dengan berkesan.
TAMAT
.