Artical

KENALI FAKTOR MENJADI INDIVIDU HEBAT DAN CEMERLANG : ASAS MODUL KEM JATIDIRI

Menurut penulis buku Managing Creativity yang diterbitkan pada tahun 1991, faktor menjadi individu hebat telah dikategorikan olehnya kepada lima faktor utama. Ianya merangkumi perkara-perkara berikut iaitu :-

Motif : bagi menguruskan diri menjadi cemerlang dan mampu menjana idea baru yang kreatif, matlamat dan motif seseorang itu perlu jelas. Motif dan keinginan yang kukuh akan membantu seseorang supaya tidak tersasar daripada perjalanannya menuju ke arah kejayaan. Motif juga menjadi alat yang dapat melonjakkan paradigm lama kepada yang baru. Malah teori Hieraki Keperluan Asas oleh Carl Rogers turut menyatakan, faktor menjadi individu hebat juga adalah di mana individu tersebut sentiasa berusaha untuk mengenal pasti motif dan tujuan hidupnya di samping meningkatkan konsep kendiri bagi memperolehi tahap keperluan yang dicapai.

Sukan memanah yang menguji kekuatan tangan turut disediakan di sini

 fokus pada sasaran dan motif anda

Personaliti : personaliti individu yang cemerlang kebiasaannya adalah mereka dikategorikan dalam golongan yang mudah bergaul dengan sesiapan jua dan mempunyai perwatakan yang menarik dan menyenangkan orang lain. Malah, menjadi satu bonus pula bagi golongan sebegini sekiranya mereka sentiasa mempunyai idea dan pandangan yang menarik minat individu lain untuk sentiasa berurusan dengannya. Malah mereka juga dikategorikan sebagai seseorang yang mempunyai sense of humor. Kelebihan sebegini menjadikan mereka sangat disenangi oleh semua pihak.

individu cemerlang adalah yang senang bergaul

Kemahiran : juga adalah faktor menjadi individu hebat dan cemerlang. Sama sahaja dengan pentingnya pengetahuan. Setiap manusia juga dianugerahkan dengan kemahiran yang berbeza. Kemahiran yang ada dalam setiap diri individu yang cemerlang adalah kemahiran mempersiapkan diri untuk menghadapai dugaan dan cabaran pada keesokan harinya. Tiada orang cemerlang yang membuang masa. Kerana itu jugalah, masa dianggap sebagai emas oleh golongan mereka yang telah berjaya dan cemerlang.

Pengalaman : pengalaman juga tidak kurang pentingnya dalam menentukan sesuatu keputusan yang diambil. Kata pujangga, pengalaman adalah guru terbaik sama ada individu hebat tersebut belajar daripada pengalamannya sendiri atau menjadikan pengalaman orang lain sebagai panduan dan iktibar kehidupan.

Kesimpulannya, faktor-faktor yang dinyatakan di atas adalah perlu untuk dipupuk dalam diri setiap individu yang inginkan kejayaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *