Artical, Camp, clients, Kem Latihan & Rekreasi, Motivation Quote, Team Building

PROSEDUR KESELAMATAN – TIPS MEMILIH LOKASI KEM

Prosedur keselamatan adalah perkara yang paling penting dalam pengurusan logistik sesuatu program atau kem motivasi. Keselamatan yang dimaksudkan di sini adalah merangkumi yang pertama keselamatan kemanusiaan, yang kedua keselamatan persekitaran, dan yang ketiga keselamatan barang-barang yang digunakan sepanjang program atau kem tersebut berlansung.

Keselamatan kemanusiaan merujuk kepada keselamatan setiap individu yang terlibat dalam acara yang dijalankan. Inidividu yang dimaksudkan adalah setiap ahli jawatan kuasa, para peserta, para petugas dan para pembekal yang terlibat secara lansung atau tidak lansung semasa program berlansung. Sekiranya pihak penganjur merasa ragu-ragu, maka adalah lebih baik program tersebut dibatalkan kerana prosedur keselamatan kemanusiaan ini tadi tidak dapat dipenuhi.

Faktor keselamatan yang kedua pula yang perlu diambil kira semasa merangka program adalah keselamatan persekitaran yang merujuk kepada kawasan yang dipilih adalah selamat daripada gangguan binatang buas. Selain daripada itu, kawasan yang dipilih juga hendaklah bebas daripada ancaman jenayah sebagai contoh kawasan yang sedang bergolak atau diserang misalnya. Ini kerana keadaan yang bergolak atas ancaman manusia adalah berubah mengikut masa dan tidak dapat dijangka.

Selain daripada itu, kawasan yang berpontensi untuk terlibat dengan bencana alam seperti tanah runtuh atau banjir juga perlu dielakkan. Namun begitu, sekiranya sebarang bencana alam terjadi semasa kem diadakan, maka prosedur keselamatan yang perlu dipatuhi oleh para pengajur adalah segera menghubungi balai polis dan balai bomba yang berhampiran.

Adalah penting dan menjadi tanggungjawab kepada para penganjur program untuk menyimpan nombor-nombor jabatan di atas bagi membolehkan mereka menghubungi segera sekiranya sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Keselamatan barang-barang pula merujuk kepada keselamatan peralatan yang digunakan dalam program atau acara yang diadakan. Sebagai contoh jika pihak penganjur berhasrat untuk mengadakan sukan lasak seperti acara flying fox maka peralatan yang digunakan haruslah selamat dan tidak usang bagi mengelakkan para peserta daripada tercedera atau terkorban. Cara yang lebih selamat adalah di mana pada kebiasannya pihak penganjur akan menguji terlebih dahulu keupayaan alatan perkakas tersebut sebelum ia boleh digunakan kepada para peserta.

Jika semasa melakukan sesuatu, anda memegang prinsip sepenuh hati, pasti anda dapat melalukan perkara lain yang luar biasa – Norman Vincent Peale

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *