Water confident merupakan salah satu modul rekreasi air yang terdapat di kem Asia Camp. Bumi Asia Camp yang dikelilingi unsur hijau dan air memainkan peranan dalam membangunkan modul latihan dan rekreasi yang berteraskan kepada dua komponen ini. Di dalam modul water confident ini, juru latih akan menilai situasi mengikut bilangan peserta dan kesesuaian cuaca dan alatan. Sesekali modul water confident ini digabungkan bersama modul river floating atau water rafting. Objektif utama modul water confident ini adalah seperti berikut;
- melatih para peserta untuk merasa yakin dan selamat membuat aktiviti di dalam dan sekitar air;
- membangunkan kemahiran akuatik asas tanpa bantuan orang dewasa yang lain;
- memperkenalkan peserta yang non-swimmer kepada pemahaman tentang asas keselamatan di dalam air;
- memberikan kefahaman akan risk management apabila terpaksa berhadapan dengan situasi di dalam air
Antara kemahiran akuatik asas yang perlu dikuasai dan diberikan perhatian oleh para peserta melibatkan kemahiran apungan. Teknik apungan ini terbahagi kepada beberapa kategori yaitu apungan lentang, apungan meniarap, dan apungan campang (atau sculling). Teknik asas untuk mengapungkan badan ialah mengangkat atau meninggikan dada dan mengangkat dagu keluar dari air. Inilah asas apungan.
Di samping teknik apungan, para peserta turut didedahkan kepada teknik-teknik pernafasan dan asas berenang. Ini termasuklah teknik kuak dan pernafasan, gaya bebas, kuak lentang asas dan gaya sisi. Sebagai contoh, di dalam teknik asas berenang pelajar diajar cara bernafas yang betul. Tarik nafas melalui mulut, dan dilepaskan melalui hidung. Teknik ini adalah berbeza dengan cara kita bernafas seperti biasa.
Contoh aktiviti water confident seperti yang terdapat dalam video di atas lebih menyasarkan peserta untuk membuat aktiviti water confident dalam group formation. Para peserta diarahkan berpegangan tangan, membuat formasi kumpulan dan menyusuri arus sungai bersama-sama. Walaupun aktiviti air ini diminati ramai dan seringkali dianggap mudah atau remeh, namun ramai di kalangan peserta didapati tidak mampu mengapungkan badan dengan baik. Ini baru dalam suasana training dan bukan emergency. Oleh itu, amat penting untuk melatih para peserta untuk bertenang dan menguasai asas apungan dan pernafasan ini terutamanya di detik-detik kecemasan dan sebagainya.
Di akhirnya, kesemua peserta dan pelajar yang mengikuti modul water confident ini kelihatannya seronok dan santai membuat aktiviti di dalam air, tidak takut dengan elemen air dan lincah bertindak. Adalah diharapkan modul ini memberikan manfaat buat pelajar di masa hadapan. Ikuti testimoni peserta di capaian video seperti di bawah.
Have fun with water guy!
Hello,
I am interested to get a quotation for Water Confidence Training for adult
Cheers