Camp, clients, Kem Latihan & Rekreasi, Motivation Quote, Team Building

MELIBATKAN SEMUA AHLI ASAS KERJASAMA DALAM PASUKAN

Melibatkan semua ahli pasukan dalam sesuatu mesyuarat dan aktiviti adalah perlu untuk membentuk dan memupuk kerjasama dan semangat berpasukan yang baik. Seringkali terjadi dalam sesetengah keadaan di mana hanya Pengerusi Persatuan dan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) yang tertinggi sahaja membicangkan diskusi dan membuat keputusan dalam sesuatu perkara.

Hal ini sebenarnya tidak elok untuk perkembangan menyeluruh sesebuah pasukan atau organisasi. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab semua untuk berusaha mewujudkan suasana kondusif di mana semua ahli pasukan merasa terpanggil untuk melibatkan diri secara langsung dalam semua hal dan aktiviti.

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan dalam usaha untuk melibatkan semua ahli pasukan ini. Yang pertama adalah ketua pasukan boleh menanya soalan secara terbuka seperti “Adakah cara ini bagus untuk pasukan kita?” Ini secara tidak lansung akan membuatkan ahli pasukan bertindak balas secara refleks dalam memberikan pandangan jujur mereka.

Cara yang kedua pula adalah seorang ketua boleh terus mengalihkan soalan tersebut kepada ahli yang lain sekiranya ahli pertama yang ditanya tadi gagal memberikan sebarang respons. Namun kuncinya di sini, setelah soalan tadi dijawab oleh ahli yang pertama, pulangkan semula soalan awal tadi kepada ahli yang pertama. Kaedah ini sangat berkesan dalam usaha untuk memastikan suara semua ahli didengar.

Melibatkan semua ahli dalam aktiviti seperti latihan  “memanaskan badan” dan Ice Breaking juga adalah salah satu kaedah yang sering digunakan dalam kem motivasi dia Asia Camp. Semasa aktiviti ini para jurulatih dan tenaga pengajar akan cuba untuk mengelakkan situasi menang-kalah sebaliknya memperkenalkan situasi menang-menang.

Rumusan dan hasil daripada perbincangan dan aktiviti yang diadakan ini pula hendaklah dinyatakan secara ringkas dan jelas kepada semua ahli pasukan. Jika perlu, seseorang ketua pasukan hendaklah mengulangi kenyataan-kenyataan dan arahan-arahan yang penting yang perlu diikuti oleh ahli pasukan.

Tujuan yang pasti adalah titik permulaan kejayaan – W. Clement Stone

Sedikit tips berguna untuk para ketua pasukan semasa anda menjalankan aktiviti yang melibatkan semua ahli pasukan, pastikan eye contact adalah sesuai dan sentiasa cuba untuk menyelitkan jenaka ringan supaya ahli pasukan tidak merasa kekok. Justeru, kerjasama kumpulan pasti akan dapat dicapai.

Tekan di sini untuk artikel seterusnya>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *