Flying Fox Stopper
Di dalam aktiviti “ flying fox ” terdapat satu tugasan untuk memperlahan serta memberhentikan pergerakan peserta yang menuruni ” flying fox ” dengan cara mengawal pergerakan tali yang telah disambungkan pada kabel ” flying fox “, individu tersebut bergelar ” stopper ” . Kedudukan ” stopper ” adalah berada dibahagian hadapan ” receiver ” yang berhampiran kawasan ” landing “. Untuk melakukan perkerjaan ” stopper ” individu tersebut perlu memakai ” helmet ” bagi mengutamakan keselamatan dan ” glove ” untuk menggenggam tali ” stopper “. ” Glove ” yang digunakan pula haruslah tebal kerana ianya akan menerima geseran tali yang kuat untuk memberhentikan peserta.
Dihasilkan Oleh
Muhammad Kamil Fahmi
Disusunkan Oleh
Muhammad Anas Mustaffa
Klik disini untuk artikel seterusnya>>