Artical, Camp, clients, Hobbies, Kem Latihan & Rekreasi, Motivation Quote, sembang santai rekreasi, Team Building

AKTIVITI RIADAH SUKAN DI ASIA CAMP UNTUK REMAJA SIHAT

Remaja sihat remaja bersukan adalah satu contoh motto cemerlang yang tidak dapat dinafikan lagi. Justeru, salah satu aktiviti yang diselitkan di dalam kem motivasi atau kem jati diri di Asia Camp adalah melalui pengisian aktiviti dengan bersukan. Sukan yang sering dijalankan di Asia Camp adalah aktiviti sukan lasak, sukaneka dan juga permainan sukan riadah.

Remaja dan sukan tidak dapat dipisahkan lantaran dalam usia remaja mereka cukup bertenaga, aktif, cergas, dan suka akan cabaran baru. Pihak kerajaan juga sentiasa komited terhadap kepentingan sukan dalam membina generasi cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Remaja sihat remaja bersukan juga menekankan kecemerlangan insan secara menyeluruh dan seimbang bagi aspek rohani, emosi dan jasmani. Ini bermaksud, mana-mana pelajar yang kurang cemerlang dari akademik tetapi dilihat berpontensi untuk lebih maju dalam bidang sukan akan didedahkan kerjaya dan kecemerlangan masa depan melalui bidang sukan.

Pelbagai program yang melibatkan slogan “Malaysia Cergas” dijalankan oleh Majlis Sukan Negeri bagi menggalakkan penyertaan serta kesedaran masyarakat terhadap faedah dan kebaikan bersukan dan rekreasi. Antara aktiviti sukan tersebut adalah senamrobik, sukan air, larian keluarga, dan juga sukan udara. Apa yang menarik hampir kesemua aktiviti sukan ini ada disediakan di Asia Camp untuk pengunjung.

Remaja sihat remaja bersukan ini jugan dapat mencungkil bakat terpendam golongan muda dan sekaligus membantu mereka menemui jati diri dan hala tuju dalam hidup mereka. Di samping dapat menjauhkan mereka dengan gejala-gejala buruk dan terlibat dalam aktiviti jenayah, golongan remaja ini juga dapat menjana pendapatan melalui aktiviti sukan.

Dengan kemudahan teknologi perhubungan pada masa ini justeru dapat lebih membantu golongan remaja dalam memasarkan usaha mereka dan seterusnya menjadi instafamous yang nyata dapat meraih pendapatan melalui pengiklanan produk.

Di samping itu juga, secara implisitnya penganjuran sukan juga menjadi salah satu faktor pelancongan bagi Negara. Salah satu atlet kebangaan Negara adalah Datuk Lee Chong Wei yang banyak mengharumkan Negara hingga ke serata dunia.

Image result for lee chong wei

Ketika saya berani menjadi kuat, dan menggunakan kekuatan saya dalam melaksanakan harapan, maka rasa takut saya semakin berkurangan. – Audre Lorde

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *