Team Building

Tips Membuat Teguran Kepada Pasukan

Tips Membuat Teguran Kepada Pasukan

Memberi teguran adalah suatu tugas yang paling tidak disukai manusia. Ini kerana, teguran boleh menyebabkan hubungan dua hala akan menjadi malap.

Ramai yang terpaksa mengambil keputusan menegur ahli pasukan. Jika tidak ditegur, kebarangkalian produktiviti syarikat akan menurun.

Sebagai contoh, budaya merokok berkumpulan menjadi budaya yang tidak boleh dielakkan ketika waktu rehat. Semua orang tahu, budaya merokok adalah budaya yang tidak baik. Ianya bukan sahaja melibatkan imej syarikat, bahkan ia juga melibatkan kesihatan pekerja.

Yanto dan rakan-rakan merokok di wakaf rehat pintu hadapan syarikat ketika rehat 15 minit. Perbuatan ini menyebabkan ramai pelanggan yang masuk ke pintu masuk nampak ramai orang merokok. Oleh itu, pengurusnya mengarahkan mereka tidak merokok disitu. Yanto membantah, disini sahaja tempat kami boleh merokok. Akhirnya, pengurus membenarkan dengan syarat perokok merokok di tempat yang tidak dilihat pelanggan dan tetamu.

Tugas Menegur

Pengurus hanya menyatakan arahan jelas tentang teguran. Beliau tidak mengulas-ulas kenapa tidak dibenarkan. Ramai orang yang menegur, mahu menerangkan sebab dan akibat jika merokok.

Teguran ini dipandang sebagai perbuatan membebel. Perbuatan membebel adalah teguran yang lemah dan tidak memberikan kesan yang kuat.

Teguran yang memberi kesan yang kuat adalah teguran yang tidak memerlukan sebab dan akibat untuk melaksanakannya. Akibat dan sebab itu kebiasaanya pelaku sendiri sudah mengerti dan tidak perlu diajar-ajar.

Orang tidak suka ditegur dan orang sangat tidak suka diajar-ajar. Didalam kes ini, elakkan impak yang lebih buruk.

Apabila kesalahan itu dilakukan secara berseorangan dan bersifat peribadi. Kita boleh tangguh teguran kita sehingga kita benar-benar yakin kesalahan itu menganggu gugat produktiviti syarikat.

Ringkasan tips

Oleh itu, rumusannya adalah:

  1. Hanya tegur jika perlakuan itu melibatkan perbuatan ramai orang di tempat terbuka.
  2. Beritahu sahaja perkara yang tidak dibenarkan di dalam syarikat tanpa kita mengulas-ulas sebab dan akibat apabila perbuatan itu dilakukan.
  3. Apabila ada bantahan, cuba benarkan dengan kemukakan syarat yang tidak menyebabkan imej syarikat tercalar.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *