Artical

Tips Melaksanakan Aktiviti Outdoor

     TIPS MELAKSANAKAN AKTIVITI OUTDOOR

 

PERKHEMAHAN (CAMPING)

 

Tips yang perlui diikuti supaya perkhemahan anda lebih selamat:

 

  1. Cari lokasi yang bersesuaian sebelum waktu gelap atau malam supaya senang untuk memasang khemah.
  2. Pilih beg tidur yang bersesuaian dan mengikut cuaca keran abeg tidur membantu menutup keseluruhan badan sehingga ke kaki dan menghangatkan badan pada waktu malam serta mudah dilipat.
  3. Bawa bekalan makanan mencukupi dan berbungkus.
  4. Elak dari meninggalkan kesan setiap kali selesai menjalankan aktiviti berkhemah seperti merosakkan lokasi atau apa saja kerana ia membantu untuk melindunngi alam sekitar untuk generasi yang akan datang. Jangan lupa bersihkan kawasan perkhemahan seperti membuang sampah di tempat sepatutnya. Lebih baik menanam bahan buangan sedalam 15cm hingga 20cm jika tidak terdapat tong sampah. Jangan ambil benda semula jadi da jangan beri makan kepada haiwan.
  5. Pilih pakaian yang bersesuaian, selesa dan sesuai dengan cuaca serta aktiviti yang Ingin dilakukan. Sebolehnya pada waktu malam, memakai sarung tangan dan sarung kaki untuk elak digigit serangga dan elak rasa sejuk. Jangan lupa pilih kasut bertutup dan selesa untuk elak kaki melecet dan tidak sakit.
  6. Elakkan daripada berdekatan dengan hidupan liar dan tumbuhan beracun.
  7. Gunakan kompas atau GPRS untuk mengelakkan diri dari sesat di dalam hutan.
  8. Bawa kit kelengkapan dan juga peralatan penting seperti lampu suluh, pisau kecil, mancis, ubat-ubatan, bekas logam makanan, sarung tangan dan pembalut yang boleh membantu diri sendiri ketika menghadapi kecemasan.
  9. Sentiasa bersihkan diri dengan menjaga kebersihan tangan sebelum menyentuh makanan atau wajah kerana dikhuatri boleh dijangkiti kuman. Elakkan wangian kerana ianya boleh menarik perhatian serangga.

 

 

 

Dihasilkan Oleh

Mohd Nill Hakim

Disusunkan Oleh

Muhammad Anas Bin Mustaffa

 

 

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *