Gaya memimpin secara amnya terbahagi kepada empat jenis. Keempat-empat jenis gaya ini memberi dan menerangkan maksud yang berbeza untuk diaplikasikan semasa memimpin. Justeru, adalah sangat perlu bagi setiap pemimpin dan ketua pasukan untuk menentukan gaya yang mana lebih cocok dengan personaliti mereka sebelum mereka mengetuai sesebuah pasukan atau organisasi. Gaya-gaya tersebut adalah :-
- Gaya Autorotarian.
- Gaya Demoktarik.
- Gaya Laissez Faire.
- Gaya Birokratik dan Diplomatic.
Ciri-ciri bagi setiap gaya di atas pula dapat dirumuskan kepada
- Pemimpin autokratik = gaya autotarian : – ( contoh : ketua pasukan beruniform )
- Kesemua keputusan dan polisi kelompok dilakukan oleh ketua bagi menunjukkan gaya memimpin.
- Teknik yang digunakan dalam kelompok atau pasukan pula berbentuk arahan dari ketua.
- Ketua pasukan selalunya menentukan tugasan kerja.
- Ketua lebih bersifat peribadi apabila memuji dan mengkritik tugasan ahli.
- Ketua tidak melibatkan diri dari penyertaan yang aktif dalam kelompok
Ciri-ciri bagi gaya Demokratik pula adalah bersifat seperti berikut:-
- Membenarkan ahli pasukan menentukan keperluan serta membuat perancangan tersendiri.
- Berusaha untuk mengurangkan kekuasaanya dalam kelompok pasukan.
- Cuba untuk mengambil bahagian yang sama rata dalam kumpulan.
- Ketua lebih bersifat membimbing dan bukan hanya mengarah dalam gaya memimpin.
- Ketua pasukan juga bersifat lebih menerima terhadap pandangan ahli pasukan.
Ciri-ciri bagi gaya Laissez Faire pula adalah bersifat seperti berikut :-
- Memberi kebebasan sepenuhnya kepada ahli pasukan dalam membuat keputusan.
- Penyertaan ketua sangat minimum.
- Ketua tidak mengambil sebarang bahagian dalam aktiviti atau program.
- Ketua jarang membuat kritikan atau cadangan melainkan ahli pasukannya bertanya kepadanya sendiri.
Ciri-ciri bagi gaya Birokratik dan Diplomatic.
- Ketua menjarakkan hubungan dengan ahli pasukan
- Semua urusan hanya urusan rasmi sahaja.
- Juga bersifat mengarah.
Kesimpulannya, setiap gaya kepimpinan yang dinyatakan di atas adalah perlu disesuaikan mengikut keperluan organisasi itu sendiri. Apa yang penting bagi ketua pasukan adalah mereka perlu fokus untuk mencapai matlamat pasukan dan organisasi.
sebagai contoh, dalam kelompok psikopendidikan dan kelompok pasukan kerja, ketua pasukan perlu lebih kepada bersifat mengarah dan menegaskan undang-undang yang perlu dipatuhi. manakala, bagi kelompok kaunseling dan psikoterapi pula ketua perlulah lebih bersifat memberi sokongan dan mengambil berat terhadap ahli pasukan dan pekerja.