Team Building

Kemahiran membuat keputusan

Membuat sesuatu keputusan itu tidak boleh melulu sebaliknya perlu teliti dengan memikirkan kesan-kesannya.

Justeru itu, sebagai seorang remaja yang berdarah panas, keputusan yang bakal dilakukan mungkin kurang tepat dan mampu memberi kesan buruk.

Kepentingan menumpukan kepada penyelesaian masalah :

  1. Memahami punca masalah tersebut tidaklah penting, namun apa yang lebih penting adalah segera menyelesaikan masalah dahulu.
  2. Mempercepatkan proses menyiapkan kerja yang diberikan, tanpa perlu bertangguh. Sikap bertangguh hanya merugikan anda!
  3. Dapat mengelakkan pembaziran masa, kewangan dan tenaga. Jangan mencampur aduk masalah.
  4. Mengurangkan tekanan emosi. Apabila anda fokus kepada menyelesaikan masalah, kesukaran yang dihadapi dapat diselesaikan dengan segera.
  5. Dapat mengenal dan memberi keutamaan kepada penyelesaian masalah dengan mendapat hasil yang lebih baik.

Cara membuat keputusan dengan baik

1.Berfikir sebelum bertindak

Sebelum membuat sesuatu keputusan, pastikan anda berfikir berulang kali sebelum bertindak. Boleh juga memberi masa kepada diri sendiri supaya berada dalam keadaan tenang sebelum melaksanakannya.

2.Menilai kesannya

Setiap keputusan perlu dinilai kesan baik dan buruknya. Senaraikan semua kesan baik dan buruk daripada keputusan yang bakal dibuat. Sekiranya lebih banyak buruk dari baik, keputusan itu mungkin tidak sesuai dilaksanakan.

3.Memahami dengan jelas tentang apa yang sedang dilakukan

Pastikan anda tahu apa yang sedang anda lakukan bukan kerana dipengaruhi emosi marah, sedih atau gembira.

4.Bertanya kepada yang lebih tahu

Kadang-kadang anda mungkin masih kurang pengalaman atau masih tidak tahu tentang sesuatu perkara, tidak salah sekiranya bertanya pandangan kepada orang lain.

Pandang itu tidak semestinya diterima bulat-bulat sahaja. Anda boleh mempertimbangkan baik dan buruk sesuatu keputusan itu.

5.Berpandangan jauh kehadapan

Sentiasalah berpandang kehadapan ketika membuat keputusan, dengan mengambil kira sebarang kemungkinan yang akan terjadi.

Sungguhpun keputusan itu bukan paling tepat namun anda perlu percaya tindakan itu masih ada kegunaannya untuk masa hadapan.

Kesimpulannya, membuat keputusan bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng kerana ia boleh mengubah sesuatu perkara.

Sentiasalah mematsikan anda sentiasa berfikiran waras ketika perlu membuat sesuatu keputusan.

 

 

 

 

 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *