Kem Keusahawanan
Keusahawanan adalah salah satu portfolio di dalam mengumpul aset. Peranan usahawan sangat penting di dalam meningkatkan daya ekonomi negara.
Oleh itu, pemerkasaan usahawan mestilah menjadi topik penting. Daya saing usahawan sangat berkait rapat dengan pengetahuan dan pengalaman yang ada setiap usahawan.
Usahawan mestilah sedar bahawa prinsip asas perniagaan adalah mebangunkan syarikat. Kesedaran membangunkan satu perusahan kepada satu syarikat ini akan memberi arah yang jelas kemana usahawan mahu pergi.
Apabila kesedaran asas membangun syarikat dapat dipupuk oleh usahawan, pastilah usahawan akan melihat punca kuasa yang lebih menyeluruh untuk mengembangkan perniagaan.
Asas mebangunkan syarikat yang pertama adalah mengetahui 5 komponen penting. Komponen ini adalah:
- Jualan
Jualan adalah perkara pertama kepada usahawan amatur. Jualan diperlukan untuk menggerakan cashflow.
- Pemasaran
Ramai usahawan yang baru bermula salah faham tentang pemasaran. Tugas pemasaran bukanlah tugas menjual. Tugas pemasaran adalah untuk memastikan produk usahawan diketahui oleh bakal pembeli.
- Operasi
Operasi adalah kerja yang endemik. Kerja endemic bermaksud kerja yang boleh diulang-ulang. Bahagian operasi mesti mempunyai hasil yang konsisten. Hasil ini dikawal oleh dokumen standard operasi
- Akaun
Akaun bukan sekadar resit. Akaun membolehkan usahawan merancang langkah seterusnya. Akaun membolehkan usahawan melihat trend pelanggan.
- Sumber Manusia
Ini adalah bahagian yang perlu diperhatikan usahawan untuk berkembang. Bahagian ini sangat penting kerana apabila usahawan demam, syarikat tidak akan ikut demam.
Apabila asas ini tidak disedari, impak nya sangat membimbangkan. Impak ini bergantung kepada pengalaman lama usahawan. Mari saya kemukakan contoh:
- Seorang yang baru memulakan perniagaan, sangat agresif menjual. Kerap kali, usahawan melihat bahagian jualan adalah paling penting.
Sedangkan apabila usahawan Nampak dengan jelas peranan komponen yang lain, ini akan membolehkan usahawan mengasingkan diri dari menjadi seorang penjual semata-mata di dalam syarikat sendiri.
- Seorang yang pernah menjadi pekerja di bidang akaun amat mementingkan akaun. Beliau susah mahu melihat kesilapan staff baru. Akibatnya usahawan cenderung untuk melakukan sendiri kerja tersebut. Operasi sangat penting katanya!.
Apabila usahawan jenis ini memandang lebih luas. Ibarat helang yang memerhati dari tinggi. Ini pasti terlihat kekurangan di bahagian sumber manusia.
Ya, setiap bahagian bergantung satu sama lain. Pokoknya jualan memainkan peranan pertama pada syarikat yang baru bermula. Akan tetapi, bahagian sumber manusia merupakan komponen yang paling penting untuk membolehkan syarikat berkembang.
Oleh itu, penting untuk usahawan melihat di dalam skop yang lebih menyeluruh untuk membangunkan usahawan.
Kerja usahawan bukanlah menjual
Kerja usahawan bukanlah membuat akaun
Kerja usahawan bukanlah membuat produk yang sangat sedap.
Kerja usahawan adalah membangun syarikat.