Team Building

KEBURUKAN KAD KREDIT

kredit kad

Keburukan kredit kad melalui 4 perangkap kad kredit.

a. Along berdaftar.

Bank boleh kenakan bunga dari kiri dan kanan kita. Apabila kita bayar minimum, kadar faedah bertambah.

Apabila kita bayar lewat, kadar faedah bertambah dan ada caj pengurusan lagi.

Kita guna kredit kad dengan jumlah yang sikit juga akan dikenakan yuran tahunan yang tinggi.

Pendek kata, bank ada pelbagai cara untuk kenakan bunga apabila kita telah mula menggunakan kredit kad.

b. Rasa selamat yang membahayakan

Kita guna kredit kad dengan mindset yang kredit kad kita mempunyai limit yang cukup untuk dibelanjakan. Risikonya adalah kita ada masanya kita sukar untuk limit kemampuan pendapatan kita.

Meskipun kita berjaya mengawal perbelanjaan kita dan membayar balik secara konsisten kepada pihak bank, ini akan menjadikan sikap ini sebagai tabiat yang bakal sebati di dalam diri kita.

Disinilah rasa selamat kita memerangkap kita. Kita tidak tahu bila masanya kita akan menghadapi kekangan perbelanjaan. Sebaliknya, pihak bank sudah bersedia bila-bila masa pada bulan akan datang menunggu kesulitan kita.

Akhirnya, kita terpaksa memulakan langkah membayar bunga yang melambung tinggi hasil dari penggunaan kredit kad. Ya, bunga tertinggi untuk kadar pinjaman adalah dari bunga kredit kad.

c. Bunga kredit kad adalah bunga yang tertinggi faedahnya dibandingkan dengan pinjaman lain.

Pinjaman rumah hanya sekitar 4%, begitu juga dengan kereta. Pinjaman peribadi sekitar 8%, begitu juga dengan pinjaman perniagaan. Pinjaman kredit kad lebih dari itu.

d. Rekod CCRIS mudah tercalar.

Kita mesti bayar tiap-tiap bulan sekurang-kurangnya nilai minimum. Jika tidak, ia akan dikira sebagai butang yang tidak dibayar selama sebulan.

Ini akan merendahkan skor kredit kita sekaligus menyukarkan kita mengambil pinjaman atau fasiliti bank yang lebih penting.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *