Team Building

definisi rekreasi

rekreasi

SEMBANG-SEMBANG REKREASI

Assalamualaikum & slm sejahtera buat semua.

Perkongsian kali ini adalah lebih menjurus untuk menunaikan permintaan beberapa rakan penggiat berkaitan poster yg telah sy pamerkan di UPSI baru2 ini. Ramai yg minta penerangan lanjut berkaitan poster tersebut & ada juga yg minta the actual poster! Bagi tujuan tersebut & selaras dlm usaha utk menyampaikan pengetahuan berkaitan definisi rekreasi dgn lebih meluas, sy share di sini the master copy of the poster ye, so that sesiapa shj boleh & mampu memilikinya.

Berkaitan penerangan pula, well…huraian secara ringkasnya adalah seperti berikut:

Secara amnya, terdapat beberapa pendapat di dlm existing literature berkaitan asal usul perkataan REKREASI. Majoriti penerbitan dlm bidang ini menggunakan perkataan Latin ‘recreare’ & ‘recreatio’ bg menjelaskan origin perkataan tersebut. Namun begitu, ada juga naskah2 penerbitan yg turut menggunapakai perkataan French ‘recreacion”. Walaubagaimanapun, ketiga-tiga perkataan tersebut membawa maksud yg sama iaitu “sesuatu yang menyegarkan atau menyembuhkan, menghasikan sesuatu pembaharuan dari segi emosi & fizikal, penyembuhan, dan penyegaran semula”.

Pada zaman kontemporari ini pula, kebanyakkan pengkaji ataupun penulis-penulis buku di dalam bidang ini mentakrifkan rekreasi sebagai satu bentuk aktiviti atau perolehan pengalaman yang mana berlaku di dalam waktu senggang, secara bersendirian ataupun berkumpulan, bercirikan keseronokan dan kebebasan, mendatangkan faedah, mempunyai tarikan unik (unique attractions) serta tidak dipengaruhi ganjaran (reward) ataupun keperluan serta-merta (immediate necessity). Selain itu, sekiranya kita lihat dari perspektif yang lebih mendalam, pengertian definisi rekreasi turut melibatkan elemen-elemen seperti berikut:

a) Rekreasi merupakan satu bentuk aktiviti yang versatile iaitu turut merangkumi kegiatan sosial dan penglibatan emosi serta tidak hanya tertumpu kepada aktiviti berbentuk fizikal semata-mata.
b) Rekreasi boleh wujud dalam pelbagai bentuk (diversity) termasuk sukan, permainan (games), persembahan muzik dan drama, perjalanan (travel), kraftangan, hobi dan aktiviti sosial. Dengan kata lain, aktiviti rekreasi secara umumnya boleh dikelasifikasikan kepada 3 jenis yang utama iaitu aktiviti berdasarkan lokasi penglibatan (indoor / outdoor), aktiviti berdasarkan corak penglibatan (active / passive) serta daya tarikan penglibatan (resource-oriented / user-oriented).
c) Rekreasi dilakukan secara sukarela (voluntary), tanpa melibatkan unsur-unsur paksaan dalam pemilihan aktiviti serta pengendaliannya.
d) Rekreasi bermula dari motivasi dalaman (intrinsic motivation) dan keinginan untuk mencapai kepuasan diri (self-satisfaction), bukannya bergantung kepada ganjaran tertentu ataupun bagi mencapai matlamat ekstrinsik.
e) Rekreasi turut bergantung kepada persepsi (perception) iaitu perasaan seseorang dalam melaksanakan sesuatu aktiviti serta apa yang diperolehi dan bukannya hanya berpandukan kepada apa yang dibuat atau mengapa ianya dilakukan semata-mata.
f) Rekreasi dari aspek pelaksanaan secara efektif turut dipengaruhi oleh faktor-faktor sokongan seperti sumber (resources), kemudahan, perkhidmatan, agensi, kepimpinan serta pengguna / peserta.

Dengan kata lain, contrary to popular belief (especially di Malaysia ni), perkataan REKREASI tersebut bukanlah semata-mata merujuk kpd kegiatan / aktiviti lasak shj. Ianya lebih besar & meluas dari tu sekiranya kita menyelami atau faham akan maksud sebenarnya – sebagaimana yg digunakan di dlm pengajian akademik dlm bidang ini.

Dari sudut kepentingan rekreasi pula, banyak penulisan ilmiah telah mengketengahkan aktiviti rekreasi sebagai gerak kerja yang mampu mendatangkan kesan atau output yang positif. Faedah-faedah yg dimaksudkan di sini boleh dikelaskan kpd beberapa kategori seperti faedah kesihatan, psikologi (faedah kpd individu), sosial dan komuniti, ekonomi, & persekitaran / alam semulajadi. Contoh-contoh spesifik bagi setiap katefori boleh dilihat/rujuk di bahagian RECREATION BENEFITS pd poster tersebut.

Sekian shj perkongsian pd kali ini. Diharapkan ianya mampu memenuhi kehendak rakan2 semua. So selepas ini, poster & penerangan berkaitan bolehlah dijadikan individual reference kpd rakan2 penggiat mahupun dijadikan asas perkongsian / bahan pengajaran / medium for knowledge transfer kpd org2 lain yg berminat utk mendalami ilmu rekreasi ini. Nak jadikan poster penghias dinding rumah pun boleh – duniawi je semua ni hehe. Muchas gracias atas kesudian membaca & semoga bermanfaat dan dpt dimanfaatkan dgn sempurna.

#nadaesimposible
#recreation

Sumber : Alejandro Aaron Aventura

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *