Team Building

5 Aktiviti Check Point Explorace

GAME 2: Line of shoes

5 Aktiviti Check Point Explorace

  1. Lima Belas 15
    1. Peralatan & Persiapan
      1. 9 keping kad yang bernombor dari 1 – 9
    2. Kumpulan dikehendaki menyusun 9 keping kad di dalam kedudukan grid 3 X 3 dengan syarat:
      1. Jumlah hasil campur nombor pada kad di setiap barisan menegak ialah 15
      2. Jumlah hasil campur nombor pada kad di setiap barisan mendatar ialah 15
  • Jumlah hasil campur nombor pada kad di barisan dari koordinat 1,1 ke koordinat 3,3 ialah 15
  1. Jumlah hasil campur nombor pada kad di barisan dari koordinat 3,1 ke koordinat 1,3 ialah 15
  1. Centipade
  • Peralatan & Persiapan:
    • – tiada –
  • Dalam kedudukan duduk (seperti bersila) sambil kaki mengepit pinggang peserta yang dihadapan dalam satu barisan peserta diarahkan melalui laluan yang telah di tetapkan dengan mengunakan tangan.

 

  1. Tali Skipping
    1. Peralatan & Persiapan:
      1. Tali static sebagai tali skipping
    2. 2 orang ahli kumpulan akan memusingkan tali skipping dan semua ahli kumpulan lain mesti melompat di dalam tali sebanyak 5 kali.

 

  1. Campak Kasut
    1. Peralatan & Persiapan
      1. Lukiskan 9 petak di atas lantai / tanah / pasir
      2. Tuliskan nombor markah di dalam setiap petak ( 1 – 9)
  • 1 garisan pada jarak yang sesuai
  1. Peserta dikehendaki berdiri di belakang garisan yang disediakan dan mencampakkan kasut mereka (sebelah sahaja) ke dalam mana-mana petak.
  2. Setiap seorang peserta di dalam kumpulan diberi XX peluang untuk mencuba
  3. Kumpulan perlu mendapatkan markah terkumpul sebanyak 20

 

  1. Tanam Kawan
    1. Peralatan & Persiapan
      1. Kawasam berpasir tepi air
    2. Kumpulan dikehendaki mengorek lubang di dalam pasir di tepi pantai. Kemudian salah seorang ahli kumpulan perlu masuk ke dalam lubang. Ambil gambar berkumpulan dan tunjukkan kepada jurulatih. Peserta yang berada di dalam lubang mestilah dapat dilihat dengan jelas “berada di dalam pasir dari paras pinggang ke bawah.

6. Balancing Lari

        1. Peralatan & Persiapan
          1. Batang paip pvc yang tidak sama saiz dan panjang
          2. Bola pingpong
        2. Setiap seorang peserta memegang sebatang paip pvc.
        3. Peserta dikehendaki berdiri memegang batang paip masing-masing dengan kedudukan 2 barisan (bahu ke bahu). Kedua-dua barisan ini mengadap sesama sendiri.
        4. Rapatkan batang paip pvc yang berada di tangan dengan batang paip pvc rakan di hadapan dan sebelah (kiri dan kanan) membentuk sebuah saluran yang berterusan.
        5. Lalukan bola pingpong di atas saluran dari hujung ke hujung. Peserta yang berada di hujung permulaan saluran perlu bergerak ke hujung akhir saluran untuk memanjangkan saluran sehinga ke bekas yang disediakan.
        6. Sediakan sebuah bekas (baldi / bakul atau boleh juga buat bulatan di atas tanah).
        7. Bola pingpong mesti digerakkan melalui saluran dari garis mula ke dalam bekas yang disediakan tanpa jatuh.
        8. Jarak di antara garis mula dan bekas mestilah lebih dari panjang batang paip yang disambungkan.
        9. Peserta tidak dibenarkan bertukar-tukar batang paip yang dipegang

Ini Contoh aktiviti explorace disini:

Download disini :

5 GAMES FOR EXPLORACE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *