Team building di Pahang
Pada 8 Ogos 2024 pihak Bomba dan Penyelamat telah menganjurkan Program Team Building di Asia Camp Resort, Pahang yang melibatkan beberapa agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), pasukan khas unit udara, Jabatan Perhutanan, Jabatan Perhilitan dan sebagainya. Mereka menginap di Resort kami selama 4hari 3malam. Seramai 150 orang telah menginap di Asia Camp. Resort kami didatangi tetamu Istimewa iaitu Dato’ Ir Ts Ahmad Izram bin Osman, Dato’ Haji Norazam bin Khamis, Dato’ Sharuddin bin Jali dan PPjB Md Gezani bin Md Ghazi. Mereka mula checkin seawal 2 petang. Pada jam 7.30 malam mereka mulakan dengan makan malam dengan juadah ayam goreng berlada, sweet sour dory fish dan gulai lemak terung serta pelbagai pencuci mulut (dessert). Dan malam itu juga mereka telah mengadakan meeting di dewaan besar resort kami.
Pada hari kedua mereka mula breakfast pada jam 7.30 pagi. Latihan pertama mereka anjurkan di resort kami ialah Latihan Komunikasi mengunakan Girn yang melibatkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pusat Kawalan Operasi Udara (PKOU). Mereka telah pecahkan kepada beberapa Kumpulan untuk aktiviti komunikasi dengan helicopter mengguakan girn. Latihan di bermula lebih kurang jam 9 pagi hingga 2 petang. Setelah itu mereka pulang ke resort untuk makan tengahari. Pada waktu petang mereka melakukan aktiviti sendiri. Pada jam 7.30 malam mereka makan malam dengan menu ayam masak lemak, ikan tongkal kicap dan sayur campur serta buah-buahan.
Pada 10 Ogos 2024, mereka semua sarapan pagi dengan bihun goreng, serta roti canai dan lain-lain lagi. Selepas itu mereka teruskan membuat Latihan yang berkaitan dengan bencana seperti SARS, banjir, kebakaran dan sebagainya. Latihan ini melibatkan udara, darat dan air. Mereka melakukan ini diluar resort kami. Helikopter berkeliaran di Kawasan Taman Negara. Selepas itu mereka pulang ke resort untuk makan tengahari kira-kira dalam jam 2 petang.
Pada malamnya mereka menganjurkan majlis penutup bertempat dewan besar Asia camp resort dengan kehadiran tetamu VIP serta jemputan pihak yang terlibat seperti ketua kampung, SAPURA, pihak SMKJPSHAS dan lain-lain lagi. Pihak resort kami menyediakan menu BBQ. Bukan itu kami juga turut ada akan persembahan nyanyian dari Kumpulan silara band. Ada juga anggota bomba turut bernyanyi. Para hadirin semua bergembira dengan persembahan yang ada. Mereka semua sangat menikmati juadah yang kami sediakan.
Pada malam tersebut ada juga yang mula checkout kerana mereka semua berada di luar Kawasan Taman Negara. Pada esokkan harinya mereka sarapan di dewan makan resort kami. Selepas itu para peserta mula checkout. Mereka semua pulang dengan gembira. Alhamdulliah pihak Asia Camp Resort tidak menerima apa-apa komen negative dari pihak penganjur.