Tips Menegur Kesilapan Pasukan

Tips Menegur Kesilapan Pasukan

Right Model VS Wrong Model

“Jangan bersihkan bilik macam itu, salah. Jangan sapu lantai dahulu kemudian baru bersihkan tingkap. Sini saya beritahu, bersihkan dahulu dari bahagian atas kemudian bersihkan kebawah.”

Di pernyataan atas, ada 2 model menegur orang bawahan. Model pertama adalah memberitahu yang salah. Model yang kedua adalah memberitahu yang betul.

Wrong Model

Ini adalah penyataan model memberitahu kesalahan orang bawahan kita. Kita memaklumkan kepada orang bawahan, ini cara kerja yang salah.

“Jangan bersihkan bilik macam itu, salah. Jangan sapu lantai dahulu kemudian baru bersihkan tingkap.”

Right Model

Ini adalah penyataan model memberitahu apa yang perlu dibuat. Kita memaklumkan kepada orang bawahan, ini cara kerja yang betul.

“Sini saya beritahu, bersihkan dahulu dari bahagian atas kemudian bersihkan kebawah.”

Kebiasaanya kita menggunakan dua-dua model ini serentak untuk memastikan orang bawahan lebih memahami arahan kita.

Apa risikonya kepada 2 jenis model ini dilancarkan serentak kepada orang bawahan kita?
a. Akibatnya orang bawahan akan anggap, dirinya tidak kompeten. Apakah dia seorang yang tidak faham Bahasa sehingga perlu ditunjukkan apa yang salah.
b. Orang bawahan akan hilang motivasi kerana ketua telah menunjukkan dia telah melakukan kesalahan.

Oleh itu, gunakan sahaja right model untuk memberi teguran kepada orang bawahan kita. Kita terus tunjukkan apa-apa kerja yang betul sahaja. Apa-apa kerja yang salah kita kunci mulut kita rapat-rapat.

Wrong model juga menerbitkan risiko teguran yang berbentuk membebel. Stamina pekerja boleh jatuh akibat perbuatan membebel. Membebel boleh merosakkan kredibiliti. Kredibiliti menyebabkan kuasa ketua memberi arahan menjadi lemah.

Berikut adalah ayat yang boleh dikategorikan sebagai membebel:
1. “Jangan pasang disitu, rosak nanti. Pasang di bawah bumbung depan asrama.”
2. “Jangan mesin rumput pagi esok. Cakar sampah dahulu kemudian baru mesin rumput.”
3. “Jangan goreng ayam ketika ayam sedang beku. Goreng ayam lepas sejam keluar dari peti ais.”
4. “Jangan sambut pelanggan dalam keadaan masam muka. Sambut pelanggan dengan senyum dan layan dengan beri banyak info kepada pelanggan.”

Seorang yang ingin kredibilitinya naik, fokus penyataan untuk membetulkan sahaja.
Perhatikan ayat kedua setiap poin di atas, ayat pertama sebenarnya tidak perlu diucapkan.

Praktiskan

Memulakan teknik ini agak sukar kerana kita tidak biasa dengan cara ini. Maklumlah, kita sakit mata dan sakit kepala melihat perkara yang salah.

  • Langkah pertama adalah perlu pasang niat setiap kali sebelum berjumpa dengan orang bawahan. Niatnya, kita mesti tunjuk perkara yang betul.
  • Kita beredar dari tempat kerja orang bawahan segera apabila sudah selesai urusan.
  • Jika kita rasa kita sukar untuk mengawal percakapan kita, kita boleh pilih untuk diam dahulu.
  • Nanti apabila jiwa kita sudah reda, barulah kita panggil semula orang bawahan untuk tunjukkan kerja yang betul.

Team building adalah perkara yang memerlukan proses. Ia bermula dengan diri kita dahulu. Apabila ini diamalkan, ia pasti akan menunjukkan hasil yang jitu di dalam meningkatkan produktiviti pasukan.