Team Building Melalui Komunikasi

Team Building Melalui Komunikasi

Komunikasi membolehkan proses team building menjadi lebih mantap. Percakapan adalah senjata. Ia boleh memulakan peperangan. Ia juga boleh memulakan cinta. Ia juga berkuasa mendapatkan kontrak besar. 3 4 patah perkataan juga mampu meruntuhkan pasukan.

Percakapan juga adalah modal diri yang paling berharga. Ketua harus belajar menapis cakap-cakap apabila sembang dengan pengikut. Ini bagi membolehkan kredibiliti ketua naik.

Komunikasi 2 Hala

Pengikut juga harus memilih perkataan yang baik. Pemilihan cara percakapan yang baik membolehkan komunikasi yang baik antara majikan dan pekerja. Ini sekaligus menaikkan nilai pengikut untuk masa depan sendiri. Melatih diri berkomunikasi dengan baik adalah pelaburan yang berbaloi sebagai seoarang pekerja.

Apabila kredibiliti ketua naik, satu-satu pasukan akan dapat membina pasukan dengan lebih baik. Apabila kredibiliti komunikasi pengikut juga bertambah baik, pastilah produktiviti pasukan akan meningkat.

Komunikasi melibatkan 2 hala. Oleh itu, ketua dan pengikut haruslah saling bermuhasabah diri untuk memperbaiki mutu percakapan harian.

Bentuk Komunikasi

Antara bentuk komunikasi yang meruntuhkan kredibiliti seorang ketua dan merosakkan pasukan adalah:

  1. Bergosip
    • Bercakap buruk tentang orang lain dihadapan pekerja lain ketika ketiadaan orang tersebut. Ini barah apabila orang yang mendengar pula nanti bercakap buruk tentang orang yang bergosip tadi. Ibarat mancis didalam kotak mancis, terbakar 1, yang lain pun akan ikut terbakar.
  2. Menjadi hakim
    • Didalam syarikat ada prosedur yang diikuti. Apabila ada pasukan lain dijatuhkan hukuman, elakkan dari mengulas-ulas. Pendengar menilai kebijaksaan dari apa yang berlaku pada masa hadapan, bukan apa yang telah berlaku.
  3. Berfikiran negatif
    • Seseorang akan dikatakan berfikiran negatif apabila masalah memerangkap diri. Bagaimana masalah memerangkap diri?. Orang yang bercakap tentang masalah menumpukan kepada masalah tersebut. Ubah cara pandang terhadap masalah. Masalah bukan bahaya. Masalah juga bukan kegagalan. Masalah adalah peluang seseorang untuk belajar menjadi seorang yang lebih pakar. Pakar tidak menjadi pakar apabila melalui masalah dengan segera mencari penyelesaian. Bukan 1 penyelesaian, bahkan banyak penyelesaian.
  4. Mengeluh
    • Mengeluh adalah tanda putus asa. Jangan tunjuk walaupun sikit rasa mengeluh kepada orang lain. Cukuplah mengeluh di hati dan terus bercakap pada diri sendiri, ini silap aku dan aku akan memperbaiki sekarang!
  5. Membebel
    • Membebel menunjukkan gaya bahasa yang lemah. Arahan dengan membebel akan melemahkan kuasa untuk mengarah. Cakap meleret di dalam menjual tanpa ayat yang meyakinkan juga mengakibatkan pelanggan lari.
  6. Wrong Model
    • Ini akan diterangkan pada artikel selanjutnya.

Sedikit demi sedikit, mari perbetulkan komunikasi diri. Selamat mencuba!