Team Building di Kuala Selangor
Team Building di Kuala Selangor
AsiaCamp menyediakan aktiviti dan pakej team building kepada syarikat atau organisasi yang ingin melaksanakan program ini di Daerah Kuala Selangor. Lokasi kami bertempat di Cabin Merah, Jalan Parit Satu Sungai Sireh, 45500 Tanjung Karang, Selangor. Ianya berdekatan dengan Sekinchan.
Antara pelanggan yang telah mengunjungi tempat ini untuk aktiviti team building adalah:
- Staf dan guru Tadika ABS
- Universiti Pengajian Sultan Idris
- Politeknik Sultan Idris Shah
Suasana Kampung
Suasana kampung pastinya akan dipenuhi dengan aktiviti kampung. Aktiviti kampung yang kami laksanakan telah dikaji oleh panel modul kami. Ianya pasti mampu meningkatkan hubungan silaturrahim dikalangan staff. Apatah lagi, prinsip seperti komunikasi berkesan dan modul rundingan di dalam aktiviti team building pasti memberi impak positif.
Suasana kampung juga amat sesuai untuk peserta mengembalikan kenangan dan sentimen kepada yang pernah duduk di kampung pada satu ketika dulu. Aktiviti ini adalah :
- Menangkap ikan di bendang. Aktiviti ini dikenali sebagai menggagau bagi orang kampung disini
- Explorace Kampung Tour (semaian benih padi dan rumah tradisional)
- Berkayak di Ban Canal, terusan sumber air padi
- Jungle trekking di hutan simpan
- Merewang. Aktiviti ini adalah asalnya adalah kaedah memasak orang kampung bersama-sama setiap kali ada kenduri
- Membuat rakit dan berakit
- Berbasikal berkumpulan keliling bendang
- Memancing di bendang
Kemudahan team building
Pelbagai kemudahan disediakan yang bersesuaian dengan fasiliti yang diperlukan untuk melaksanakan kem ini.
Antara kemudahan yang tersedia adalah:
- Penginapan Cabin berhawa dingin lengkap aircond, water heater dan tv
- Dewan berhawa dingin lengkap dengan PA sistem dan alatan bantu mengajar
- Kemudahan Katering, BBQ
- Set karaoke, insurans dan sijil
Masakan Kampung
Pastinya masakan kampung asli menjadi keunikan apabila melakukan aktiviti disini. Antara menu hidangan kami adalah:
- Ulam-ulaman yang dipetik dari kebun
- Masak gulai kawah
- Nasi ambeng
- Lala bakar yang diambil dari pantai sepanjang Kuala Selangor
- Kuih-muih jawa dan banjar
Marilah ke Kuala Selangor. Pastinya aktiviti team building sini akan menaikkan semangat kerja berpasukan dikalangan staff.