Sijil MOF E-Perolehan
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT
NO. SIJIL | : | K2218323204181xxxx |
NO. RUJUKAN PENDAFTARAN | : | 357-0228xxxx |
TEMPOH SAH LAKU | : | 01/11/2017 – 31/10/2020 |
Bahawa dengan ini diperakui syarikat :
ASIA CAMP SDN. BHD. ( 1240440-X )
BATU 12 3/4, ALANG SEDAYU, JALAN BENTONG LAMA
GOMBAK
53100 GOMBAK SETIA
SELANGOR, MALAYSIA
Telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang bekalan/perkhidmatan di bawah sektor, bidang dan sub-bidang seperti di Lampiran A. Kelulusan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti yang dinyatakan di Lampiran B. Individu yang diberi kuasa oleh syarikat bagi urusan perolehan Kerajaan adalah seperti berikut :
MOHD AZIZAN BIN YUNUS | 86021038xxxx | PENGARAH URUSAN |
t.t
DATO’ OTHMAN BIN SEMAIL
Perbendaharaan Malaysia Semenanjung
b.p. Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Kementerian Kewangan Malaysia
Tarikh Berdaftar Dengan Kementerian Kewangan Malaysia : | 01/11/2017 |
(Sijil ini adalah cetakan komputer dan tidak memerlukan tandatangan)
LAMPIRAN A | ||
NO SIJIL | : | K22183232041818289 |
NO RUJUKAN PENDAFTARAN | : | 357-02282714 |
TEMPOH SAH LAKU | : | 01/11/2017 – 31/10/2020 |
BIL | TARIKH | KOD | ||
DAFTAR | BIDANG | KETERANGAN | STATUS | |
BIDANG | ||||
1 | 01/11/2017 | 221507 | PERKHIDMATAN/ PENYEWAAN DAN PENGURUSAN/ KEMUDAHAN | Aktif |
AWAM/SUKAN | ||||
2 | 27/11/2017 | 040103 | MAKANAN, MINUMAN DAN BAHAN MENTAH/ MAKANAN, | Aktif |
MINUMAN DAN BAHAN MENTAH KERING/BASAH/ MAKANAN | ||||
BERMASAK ISLAM | ||||
3 | 27/11/2017 | 221110 | PERKHIDMATAN/ GUNA TENAGA/ KHIDMAT LATIHAN,TENAGA | Aktif |
PENGAJAR DAN MODERATOR/NEGOTIATOR | ||||
4 | 27/11/2017 | 221305 | PERKHIDMATAN/ KESENIAN, HIBURAN DAN PELANCONGAN/ | Aktif |
PENYEDIAAN PENTAS/PAMERAN PERTUNJUKAN,TAMAN HIBURAN | ||||
DAN KARNIVAL/PESTARIA | ||||
5 | 27/11/2017 | 221511 | PERKHIDMATAN/ PENYEWAAN DAN PENGURUSAN/ P.A SISTEM DAN | Aktif |
ALAT MUZIK | ||||
6 | 27/11/2017 | 222504 | PERKHIDMATAN/ HOTEL, RUMAH TUMPANGAN DAN PUSAT | Aktif |
LATIHAN/ PUSAT LATIHAN |
Tarikh Berdaftar Dengan Kementerian Kewangan Malaysia : 01/11/2017
LAMPIRAN B
SYARAT KELULUSAN SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT
- SYARAT AM
1.1 Kelulusan ini diberi berdasarkan maklumat-maklumat yang telah disampaikan oleh pihak syarikat tuan.
1.2 Apa-apa perubahan ke atas maklumat-maklumat tersebut hendaklah dibuat kemaskini secara online di Modul Kemaskini Profil di alamat www.eperolehan.gov.my dalam tempoh masa dua puluh satu (21) hari dari tarikh perubahan tersebut berlaku dan sekiranya gagal berbuat demikian boleh mengakibatkan tindakan seperti di para 1.5 di bawah.
1.3 Syarikat hendaklah mengemukakan segala maklumat dalam tempoh yang ditetapkan apabila diminta oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan tindakan seperti di para 1.5 di bawah.
1.4 Syarikat hendaklah memastikan bahawa bidang yang telah didaftarkan dalam sijil ini tidak bertindih dengan bidang yang telah diluluskan ke atas mana-mana syarikat seperti berikut:
1.4.1 Mempunyai Pemilik atau Lembaga Pengarah/Pengarah, Pengurusan dan Pekerja yang sama; atau
1.4.2 Beroperasi di premis yang sama.
1.5 Kementerian Kewangan Malaysia berhak untuk membuat lawatan atau pemeriksaan audit pada bila-bila masa tanpa dimaklumkan terlebih dahulu. Kegagalan mematuhi syarat-syarat pendaftaran, kod bidang dan/atau pendaftaran syarikat tuan boleh digantung/dibatalkan dan syarikat, Pemilik serta Lembaga Pengarah/Pengarah diambil tindakan tatatertib termasuk disenaraihitamkan tanpa apa-apa notis jika didapati maklumat yang diberi tidak benar.
1.6 Syarikat yang baru didaftarkan tidak dibenarkan membuat sebarang perubahan ke atas Pemilik atau Pengarah dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh syarikat didaftarkan.
1.7 Kegagalan syarikat membuat permohonan pembaharuan pendaftaran selepas satu (1) tahun dari tarikh tamat tempoh pendaftaran boleh mengakibatkan pendaftaran syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia akan dibatalkan dan dikeluarkan secara automatik daripada Sistem ePerolehan. Syarikat hendaklah membuat permohonan baru.
- PENGGANTUNGAN/PEMBATALAN PENDAFTARAN
2.1 Pendaftaran syarikat akan digantung/dibatalkan sekiranya didapati syarikat melakukan kesalahan seperti berikut:
2.1.1 Syarikat/pemilik/perkongsian/pengarah/mana-mana ahli pengurusan telah melakukan jenayah dan didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia atau luar negeri atau mengalami tanggungan sivil.
2.1.2 Syarikat menarik balik tawaran sebelum tender dipertimbangkan atau menolak setelah tawaran dibuat.
2.1.3 Syarikat gagal melaksanakan obligasi kontrak-kontrak yang telah ditandatangani dengan Kerajaan.
2.1.4 Syarikat didapati meminda Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dengan tujuan menipu atau lain-lain maksud.
2.1.5 Syarikat membenarkan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat disalahgunakan oleh individu/syarikat lain.
2.1.5 Syarikat didapati membuat pakatan harga dengan syarikat-syarikat lain semasa memasuki tender Kerajaan atau subkontrak tanpa persetujuan terlebih dahulu daripada Agensi Kerajaan yang terlibat.
- PEMBAHARUAN
3.1 Syarikat tuan hendaklah mengemukakan permohonan pembaharuan pendaftaran tiga (3) bulan sebelum tamat tempoh pendaftaran.
3.2 Permohonan yang diterima selepas tamat tempoh pendaftaran adalah dianggap pendaftaran pembaharuan.
- HAK KERAJAAN
4.1 Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan secara Virtual adalah HAK KERAJAAN .Kerajaan berhak untuk menarik balik pendaftaran/digantung/dibatalkan sekiranya syarikat dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan 1PP/PK8 (Pekeliling Perbendaharaan/
Perolehan Kerajaan 8) .
- PENYERTAAN PEROLEHAN KERAJAAN
5.1 Dengan pengeluaran Sijil Virtual, Sijil ini tidak lagi perlu ditunjukkan semasa mengambil dokumen perolehan Kerajaan (pembelian terus, tender/sebut harga dan lain-lain kaedah perolehan) kecuali bagi Agensi Kerajaan yang tiada capaian internet.
5.2 Syarikat hendaklah memastikan pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia masih sah laku sepanjang tempoh kontrak berkuat kuasa.
- PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH
6.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan Kerajaan merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694].