PEMIMPIN HEBAT SEBAGAI PENUNJUK JALAN MEMACU SEMANGAT TEAM BUILDING
Pemimpin sebagai penunjuk jalan merupakan salah satu ciri-ciri pemimpin yang hebat dan berkarisma. Teori ini mengatakan bahawa seseorang pemimpin itu akan dianggap berjaya apabila individu-individu yang dipimpinnya mahu menerima sang pemimpin dan berkerjasama dengannya. Justeru, tugas hakiki seorang pemimpin adalah untuk memberikan panduan dan hala tuju yang tepat kepada ahli pasukannya untuk mencapai matlamat.
Sebagai contoh, sekiranya ada ahli pasukan yang berhasrat untuk meningkatkan kemahirannya dalam perkerjaan, maka tentu sekali dia mengharapkan bantuan dan tunjuk ajar daripada ketuanya. Dalam erti kata lain pemimpin atau ketua yang hebat adalah mereka yang mampu menjadi MENTOR kepada anak buah.
Teori pemimpin sebagai penunjuk jalan ini juga mengingatkan kepada para pemimpin bahawa ada empat gaya memimpin yang perlu ditunjukkan oleh mereka. Ia adalah gaya mengarah, gaya mendukung, gaya menyertai dan gaya oreintasi-pencapaian.
Keempat-empat teori ini boleh dijalankan serentak dalam erti kata lain melaksanakan satu gaya tidak akan menjejaskan gaya yang lain. Lebih hebat jika semua gaya memimpin tersebut dapat disatukan semasa memimpin.
Selain daripada itu, pemimpin juga perlu mengenalpasti ciri-ciri pengikut dan ciri-ciri persekitaran kerja sebelum menentukan kaedah dan gaya memimpin. Sebagai contoh, apabila pengikut itu telah pandai dan berkebolehan, maka tidak salah untuk memberikan sedikit kelonggaran kepada mereka dalam menyelesaikan tugasan.
Tugas pemimpin sebagai penunjuk jalan juga adalah di mana dia perlu menjelaskan secara terperincin mengapa sesuatu tugasan itu perlu dilaksanakan. Penerangan dan penjelasan yang baik juga perlu dibuat dari masa ke semasa semasa sesuatu program dijalankan. Adalah salah sama sekali sekiranya seseorang pemimpin itu hanya membiarkan sahaja anak buahnya terkontang-kanting menyudahkan tugasan terutama sekali bagi mereka yang masih baru.
Dalam memastikan semua aktiviti dilaksanakan dengan baik dan jayanya, turut menjadi tanggungjawab seorang pemimpin adalah untuk cuba mewujudkan suasana yang harmoni antara senior dan junior. Di mana-mana sahaja, suasana tegang antara jarak hubungan senior dan junior adalah sangat tidak baik dan memecahbelahkan semangat teambuilding.
Justeru, seorang pemimpin yang boleh menunjukkan jalan yang benar, maka jarak hubungan tersebut harus dirapatkan untuk memastikan objektif pasukan tercapai.
AsiaCamp merupakan salah satu kem dibawah senarai tempat kem kepimpinan. Jom ke AsiaCamp!