takut akan ketinggina juga meruapakan salah satu ketakutan dalam hidup

Mengatasi Ketakutan Dalam Hidup

Takut merupakan musuh senyap kepada diri. Rasa takut adalah suatu perasaan yang diciptakan Tuhan untuk melindungi manusia kerana adanya ancaman, musibah atau bencana dari luar yang akan menyebabkan mudarat kepada diri. Ketakutan dalam hidup yang utama itu haruslah dikembalikan kepada Tuhan kerana Dialah yang merupakan Sang Pencipta dan Pemilik kepada seluruh kehidupan manusia.

 

Namun demikian, dengan alpanya manusia, kini ketakutan itu telah berubah bentuk dan menghinggap jauh sehingga menjadi barah di dalam seluruh kehidupan manusia. Akhirnya, ketakutan ini menjadi tentangan terbesar kita yang merayap dari faktor-faktor yang tidak diketahui dan secara membabi-buta.

 

Ketakutan dalam hidup ini mampu hadir dalam pelbagai bentuk dan wajah, yang kebanyakannya melibatkan prestasi dan reputasi diri. Seringkali ketakutan ini terdengarnya logik, namun kadangkala ia berubah menjadi tidak logik jika ditakuti secara berlebihan.

 

Apakah ketakutan dalam hidup yang digeruni oleh kita?

  • Apakah saya akan gagal dalam hidup? …kerana musnahnya keputusan yang bagus? Hilangnya pekerjaan? Punahnya bisnes diri?
  • Bagaimana mungkin hidup di masa depan dengan tabungan yang sedikit? Tiada tabungan? Hutang-piutang yang berlonggok di keliling pinggang?
  • Mungkinkah juga takut akan sakit yang ada di dalam diri? Sakit kanser yang menghadir? Mungkin menjadi lumpuh, pekak atau buta.
  • Sesetengah yang lain takut tiadanya kebahagiaan diri. Diri yang tidak berkahwin, tiada anak, tiada yang menyayangi akan dilupakan orang. Tiada yang akan menemani hidup.
  • Ada yang lebih menjurus kepada prestasi diri seperti takut berucap di khalayak ramai, takut memimpin, takut dimalukan dan diperli oleh yang lain.
takut akan ketinggina juga meruapakan salah satu ketakutan dalam hidup

Takut akan ketinggian juga merupakan salah satu ketakutan dalam hidup

 

Hakikatnya, ketakutan ini merupakan satu anugerah dari Tuhan. Ia perlu diacu dan disalurkan kepada laluan yang menjadi sumber kekuatan, inspirasi dan motivasi diri untuk terus bangun dan maju di dalam hidup. Oleh itu, ketakutan ini merupakan satu faktor yang perlu dihadapi dan dikuasai. Hanya dengan menguasai ketakutan yang ada di dalam diri, kita akan mampu menjadi lebih kuat, lebih bertenang, dan bersabar menghadapi kehidupan.

 

“There is no illusion greater than fear”. – Lao Tzu