Rapid Shooting

Rapid shooting

Rapid shooting adalah antara aktiviti menarik yang boleh dicuba di Taman Negara pahang

Pengunjung pasti menjerit kebasahan dengan gelagat bot panjang yang  mencurahkan air dibot sebelah. Mereka tidak risau lagi kerana prosedur keselamatan dijalankan dengan memakai bouyancy aid.

Apabila tiba di Kuala Tahan, peserta akan menunggu giliran menaiki Bot panjang kepunyaan orang kampung. Pemandangan indah di jeti taman negara memberikan sentimen yang begitu menenangkan perasaan.

Peserta akan melihat suasana restoran terapung yang berada ditepian sungai. Restoran ini menggunakan prinsip rakit untuk didirikan.

Apabila air naik, bot ini akan turut ikut aras air naik. Sekali sekala apabila sempat, pengunjung boleh membeli makanan sementara menunggu giliran menaiki bot panjang.

Apabila bersedia, pengemudi bot akan memanggil pengunjung. Pengemudi bot akan meminta peserta memakai bouyancy aid sebagai langkah keselamatan. Enjin pun dipanaskan.

Pengunjung akan duduk berdua-dua di bot. Sepanjang berada di jeti sebelum bergerak, pengunjung mesti berhati-hati dengan dinding jeti atau bot sebelah.

Kemungkinan bot akan bersentuh dengan objek berdekatan. Oleh itu, tangan pengunjung tidak boleh diletakkan di tepi bot untuk mengelakkan tersepit.

Pada waktu ini, pakaian dan persediaan sebelum aktiviti memainkan peranan penting. Peserta mesti bersedia untuk basah sekeluarga.

Pakaian yang terbaik adalah:

  1. pakaian gelap yang tak menampakan warna bentuk badan apabila basah.
  2. Pakaian yang tebal yang tidak menampakan bentuk badan seksi.
  3. Kasut dan stokin. Tanpa stokin, dikhuatiri peserta akan melecet. Kasut adalah pilihan yang lebih selamat walaupun kasut itu akan basah.
  4. Gadget eletronik diletakkan di plastik untuk mengelakkan basah. Hanya dikeluarkan apabila diperlukan. Lebih elok jika menggunakan peralatan yang bersambung tali dengan tangan atay leher. Ini bagi mengelakkan peralatan tersebut jatuh.
  5. Beg sandang belakang adalah yang paling sesuai dan stabil. Elakan membawa beg sandang tepi. Beg travel beroda adalah dilarang sama sekali.

Aktiviti bot pun bermula. Peserta akan disapa angin yang begitu segar. Angin yang laju tidak memadamkan kesegaran udara yang menghempas muka pengunjung. Peserta akan melalui 7 jeram yang menyeronokkan. 7 jeram ini akan memperlihatkan kemahiran pengemudi bot mengendalikan bot dengan mudah di tempat yang sukar.

Sekali sekala, bot akan memotong satu sama lain. Apabila bot memotong, air akan tersimbah ke bot berhampiran di sebelah. Peserta kebiasaanya menjerit kesejukan. Sudahlah dihempas angin segar sejuk, air sungai yang tersimbah menambahkan kesejukan ketika bot membelah sungai.

Jika pengunjung bernasib baik, pengunjung akan melihat kijang, gajah dan monyet. Walaubagaimanapun, potensi untuk melihatnya sangatlah rendah. Ini kerana binatang di taman negara adalah binantang yang liar. Ia akan mengambil langkah menjauhi manusia. Hanya yang bernasib baik sahaja akan nampak.

Penulis sendiri ada terlihat kucing hutan bersama 2 ekor anaknya bermain-main. Walaupun cantik dan gebu, jangan sekali-kali dekat dengan haiwan ini. Ia tidak manja seperti kucing dirumah, ia akan mencakar dan menggigit apabila terasa diancam. Sekali dalam perjalanan ada ternampak rusa kecil sedang minum air. Ia berlaku pergi apabila bunyi bot menghampiri ia yang sedang minum air sungai. Binatang ini memang sukar untuk kita terserempak dengannya, mungkin orang kampung dan penulis yang selalu ada disini sahaja bernasib baik untuk melalui pengalaman itu.

Walaubagaimanapun, jangan lupa haiwan yang berterbangan. Taman negara adalah antara tumpuan penggemar burung seluruh dunia. Mata yang peka pastinya akan menjumpai bentuk badan burung yang unik dan cantik. Sesetengah pengunjung yang sudah arif tentang burung pasti leka memerhati langit dan pokok.

Melawat Orang Asli Bateq

Apabila tiba disatu perkampungan tepi sungai, kaum perempuan yang berbatik kebanyakkannya akan masuk kerumah. Ramai perempuan yang malu dengan kehadiran pelancong. Itulah perkampungan orang asli bateq di Taman Negara. Pengemudi bot akan merapatkan bot di tepi sungai berpasir yang landai. Dari situ, pengunjung akan membuka bouyancy aid dan keluar dari bot.

Pengunjung akan merasai aktiviti harian orang asli. Mereka akan menunjukkan demonstrasi menangkap makanan dengan cara menyimpit. Pengunjung juga berpeluang menyumpit pada sasaran yang telah ditetapkan.

Selain itu, pengunjung juga berkesempatan mempelajari secara praktikal menghidupkan api. Ya!. Kita akan menghidupkan api tanpa menggunakan sebarang peralatan moden.

Pastinya pengalaman rapid shooting dan melawat orang asli ini memberi pelajaran berguna kepada diri kita. Guide akan memberikan penerangan yang membolehkan kita belajar banyak perkara dari alam.

Marilah ke Taman Negara!