10 Tips Menjaga Penampilan Diri
Menjaga penampilan diri perlu diterapkan kepada anak-anak sejak kecil lagi. Anak-anak yang berketerampilan kemas, dan bersih mampu membantu mereka dalam proses pembelajaran.
Kemahiran ini juga membantu peserta menguruskan diri sendiri untuk berusaha berdiri atas kaki sendiri terhadap aktiviti harian.
3 kepentingan Penampilan diri
1. Komunikasi
Menjaga penampilan diri penting dalam membantu anak-anak untuk berkomunikasi dengan rakan dan guru di sekolah.
2. Keyakinan diri
Anak-anak juga akan lebih berkeyakinan di sekolah dan tidak malu untuk menonjol.
3. Cekap
Percaya atau tidak dengan berpenampilan menarik, anak-anak akan dianggap lebih cekap dan bijak di sekolah.
Bagaimana mahu mendidik anak-anak supaya sentiasa menjaga penampilan diri, ini 10 tips penampilan diri :
1. Kebersihan pakaian
Pastikan pakaian anak-anak diganti atau dicuci setiap hari.
2. Merapikan rambut
Rapikan rambut anak-anak dengan meletakkan sedikit minyak atau krim rambut sebelum disikat. Anak-anak juga boleh diajar menyisir rambut sendiri sebelum ke sekolah.
3. Sentiasa senyum
Pastikan anak-anak memberus gigi sebelum ke sekolah untuk meningkatkan keyakinan mereka ketika senyum.
4. Mandi yang sempurna
Pastikan anak-anak menggunakan sabun dan syampu yang bersesuaian ketika mandi. Hal ini untuk mengelakkan iritasi kepada kulit mereka.
Ajar anak-anak menggosok di seluruh badan untuk menyental kekotoran dan daki.
5. Menyusun selipar
Ajar anak-anak untuk sentiasa menyusun selipar atau kasut ketika masuk ke dalam rumah.
6. Mengurus tempat tidur
Jadikan rutin anak-anak sebelum pergi ke sekolah dan bangun dari tidur, pastikan tempat tidur dikemaskan.
7. Potong kuku
Pastikan kuku anak-anak sentiasa pendek dan bersih. Amalan memotong kuku jari tangan dan kaki boleh dilakukan seminggu sekali pada hari Jumaat.
8. Pakai pakaian yang sesuai
Anak-anak juga diajar bagaimana memilih baju atau pakaian yang sesuai dipakai mengikut situasa dan aktiviti. Jika mahu bersukan, anak-anak perlu memakai kasut sukan untuk mengelakkan kecederaan.
9. Kemas beg sekolah
Jangan lupa beg sekolah anak-anak perlu sentiasa kemas untuk memudahkan mereka mengeluarkan buku yang diperlukan ketika di dalam kelas.
Minta anak-anak membuang sampah atau kertas yang tidak digunakan lagi ke dalam tong sampah.
10. Buang sampah
Sesekali minta anak menolong untuk membuang sampah yang ada di dalam bilik atau beg sekolah. Hal ini boleh mengajar anak-anak menjadi ringan tulang dan sentiasa menjaga kebersihan diri.
Terdapat banyak lagi cara untuk mengajar anak-anak yang masih kecil dan bersekolah rendah menjaga penampilan diri. Cubalah membantu mereka!