Obstacle Run Platform Menguji Ketahanan Diri

Apakah yang anda fahami dengan Obstacle Run? Obstacle Run atau turut dikenali sebagai Obstacle Course Run (OCR) merupakan satu sukan rekreasi yang semakin popular di kalangan belia dan runner di masa kini. Obstacle run atau dalam bahasa Malaysia bermaksud lari berhalangan atau rintangan ini lebih bersifat moden tidak seperti larian konventional yang lain. Larian konventional seperti marathon, walkathon atau perlumbaan bathon umumnya memerlukan peserta mencapai garis penamat dalam selang masa yang ditetapkan. Namun, aktiviti atau sukan Obstacle Run ini lebih memfokuskan peserta kepada menyelesaikan berbagai rintangan yang terdapat di dalamnya.  

Aktiviti rintangan berpalang ini memerlukan peserta bergayut melepasi halangan

Secara umumnya, modul obstacle run ini berasal dari inspirasi latihan ketenteraan yang telah diadaptasi dan diubahsuai untuk kegunaan masyarakat umumnya. Antara contoh rintangan yang perlu dihadapi oleh para peserta melibatkan aktiviti merangkak dan menyulur seperti askar, memanjat tali, melepasi halangan dinding bertembok, berlari dan melalui trail melewati kolam atau lopak lumpur, dan sebagainya.

Rintangan berpalang ini menguji kekuatan tangan dan koordinasi keseimbangan badan
Halangan ini memfokuskan keseimbangan badan melepasi trail yang bergoyang
Halangan ini memerlukan kerjasama berpasukan untuk melepasi tembok maze
Aktiviti sebegini juga menjadi terapi kepada peserta untuk lebih relax dan santai

Apa yang pasti, objektif utama modul larian berintangan atau obstacle run ini adalah untuk menguji kecepatan, kekuatan dan ketahanan fizikal seseorang peserta. Bagi membolehkan para peserta mampu melakukan aktiviti obstacle run ini dengan baik, mereka seharusnya mempunyai spesifikasi minima bagi syarat ketahanan fizikal yang baik. Spesifikasi ketahanan fizikal tubuh badan yang baik ini merangkumi aspek-aspek seperti di bawah ini:

  1. Cardio-respiratory
  2. Muscle Endurance
  3. BMI dan komposisi tubuh
  4. Kelenturan (mobility)
  5. Koordinasi
  6. Kekuatan
  7. Kecepatan
  8. Daya/power
  9. Kelincahan

Secara umumnya, kita memahami bahawa persiapan fizikal dan mental tidak dapat dipisahkan dari diri setiap individual. Ketahanan fizikal tubuh badan adalah selari dengan ketahanan mental seseorang. Hal ini kerana ia melibatkan aspek-aspek kehidupan dan pembinaan karakter seperti pantang menyerah, keinginan mendapatkan pencapaian atau performance yang baik, disiplin, keazaman dan fokus diri.

Oleh yang demikian, bagi seseorang yang memerlukan aktiviti sukan rekreasi yang menggemblengkan kedua-dua ketahanan fizikal dan mental, pilihan sukan rekreasi seperti obstacle run ini merupakan satu alternatif terbaik. Aktiviti seperti ini tidak sahaja menyihatkan badan, bahkan menjadi satu terapi diri kepada peserta atau individual tersebut untuk keluar sebentar dari permasalahan di tempat kerja dan seumpamanya.

https://www.youtube.com/watch?v=bEJOW-XoJo8

Di pusat latihan dan rekreasi Asia Camp, kami menyediakan modul obstacle run khas untuk pelbagai lapisan umur dan fokus badan-badan korporat atau agensi. Untuk mendapatkan info lanjut mengenai modul latihan, quotation harga dan sebagainya, sila hubungi talian nombor di bawah:

Klik disini untuk artikel seterusnya>>