taman negara

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA TAMAN NEGARA PAHANG

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA TAMAN NEGARA PAHANG

Jabatan telah mengambil keputusan untuk menutup buat sementara waktu Taman Negara Pahang kepada pengunjung mulai hari Selasa (6 Oktober 2020) sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Keputusan pihak Jabatan ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga bagi melindungi semua pihak memandangkan peningkatan kes COVID-19.

Jabatan akan mengkaji semula keputusan ini berdasarkan laporan dan maklumat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sehubungan itu, mohon semua pihak mengambil tindakan sewajarnya bagi mempertingkatkan langkah pencegahan serta memastikan pematuhan SOP yang ditetapkan terutama di tempat-tempat tumpuan.

Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.