Lead Like Muhammad
MODUL LEAD LIKE MUHAMMAD
Senarai Modul Lead Like Muhammad (LLM)
- Senarai 16 Tema Kursus Aplikasi Teknik Nabi Dalam Pengurusan
- Modul Team Building Staf Sokongan
- Modul Team Building Staf Atasan
- Strategi Dan Teknik Bercakap Dengan Bahasa Yang Menaikkan Karisma Dan Daya Pengaruh Pegawai Tinggi
- Kursus Membina Imej Kepimpinan Dalam Media Sosial
- Program Membina Kerjaya Dalam Dunia Politik
- Program Mengasah Bakat Dan Skill Menjalankan Tugas Sebagai Pekerja Politik Yang Berimpak Tinggi
- Mengaplikasi Nilai-nilai Keusahawanan Dalam Memimpin Organisasi Awam
CONTOH MODUL KURSUS LLM
Tempoh masa: 8 JAM
Tajuk Besar: MENAIKKAN DAYA PENGARUH
Tajuk Kecil: Teknik Menaikkan Karisma dan Likeability
Tujuan Kursus : Memperkenalkan 4 hadith psikologi yang mengandungi prinsip dan
teknik menaikkan karisma dan daya pengaruh.
Struktur Kursus :
- 30% penerangan
- 70% latihan
Jurulatih :
- Tuan Abdul Halim Ismail
- Puan Nurhidayah Jaafar
Buku Rujukan : LEAD LIKE MUHAMMAD oleh Puan Ainon Mohd.
TEKNIK DAN SKILLS YANG DIPERKENALKAN KEPADA PESERTA
1. Teknik menyuruh dan mengarah tanpa membuat orang yang diarah itu berasa dirinya berada di bawah telunjuk orang yang mengarah.
2. Teknik mengucapkan kata-kata pujian yang mudah dan dapat digunakan kepada sesiapa sahaja, pada bila-bila masa, dan di mana-mana sahaja.
3. Teknik menegur kesilapan orang dengan cara yang tidak menjatuhkan air mukanya dan tidak merosakkan hubungan baik dengan orang yang ditegur.
4. Teknik mengamalkan double standard yang betul.
HASIL KURSUS
Peserta akan mempunyai tools tambahan yang lebih efektif dalam menjalankan peranan dan tugas mereka. Dengan menggunakan tools itu mereka mendapat manfaat di bawah ini :-
1. Karisma naik, hasilnya cakap lebih berpengaruh.
2. Arahan dan suruhan cepat dilaksanakan, sekali cakap sahaja tidak perlu diulang.
3. Orang-orang yang mendengar lebih bersemangat.
4. Prestasi dan produktiviti orang bawahan meningkat.
5. Orang bawahan lebih puas hati dan lebih hormat.
Disediakan oleh : Tim Jurulatih LLM