Komunikasi yang berkesan akan mempengaruhi cara berfikir dan tindakan setiap individu

Komunikasi dan Inovasi dalam Organisasi

Di dalam kehidupan kita seharian, komunikasi dan inovasi merupakan 2 elemen penting yang berkait-rapat dalam menyusun dan mentatacara kehidupan. Sebagai contoh mudah, seorang surirumah yang peka dan cerdik akan menyusun gerak kerjanya di rumah dengan strategik. Dia akan berfikir cara terbaik dalam menyiapkan kerja harian dengan kadar pantas dan efisien di samping mengurangkan stress diri. Misalnya membasuh baju di mesin basuh, sekaligus mereneh sup dan menanak nasi sambil men-vacuum rumah. Segalanya siap pada kadar yang ditetapkan.

 

Begitu juga dengan pengurusan komunikasi dan inovasi dalam sesebuah organisasi. Pemimpin atau majikan yang mengetuai sesebuah organisasi merupakan peneraju utama dalam membentuk pasukan bekerja di tempat kerja. Melalui pembentukan budaya kerja yang dinamik, interactive dan berinovasi akan mampu menyumbang kepada produktiviti syarikat yang lebih baik dan berdaya saing.

 

Ini kerana komunikasi yang berkesan akan mempengaruhi tahap berfikir dan gerak kerja seorang individu dan seluruh pasukan umumnya dalam sesebuah organisasi. Secara dasarnya, dapatlah disimpulkan terdapat 5 kriteria dalam mengenali komunikasi berkesan;

  1. Kefahaman terhadap maklumat,
  2. Keseronokan semasa menyampaikan maklumat,
  3. Pengaruh ke atas sikap, nilai dan kepercayaan hasil dari maklumat yang disampaikan,
  4. Perhubungan bertambah baik,
  5. Adanya tindakan susulan
Komunikasi yang berkesan akan mempengaruhi cara berfikir dan tindakan setiap individu

Komunikasi yang berkesan akan mempengaruhi cara berfikir dan tindakan setiap individu

 

Hasil daripada komunikasi berkesan inilah akhirnya membawa kepada keseronakan berfikir dan bekerja. Inilah yang dikatakan pentingnya hubungan komunikasi dan inovasi yang nyatanya saling berkait dan mempengaruhi di antara satu sama lain. Ibarat kata pujangga, dari mata turun ke hati. Begitu jugalah talian pemikiran manusia dengan tindakan serta perbuatannya.

 

Namun demikian, tidak semua individu mengetahui bagaimana untuk mengeluarkan potensi diri dalam berkomunikasi secara berkesan dan berfikir secara inovasi dan kreatif. Oleh yang demikian, hadirnya pusat-pusat latihan seperti Asia Camp mampu membantu dan memberikan khidmat latihan kepada organisasi, individu dan masyarakat setempat umumnya untuk menjana kecemerlangan diri. Komunikasi, cara berfikir dan tindakan susulan setiap ahli ini boleh dilatih di dalam Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang merupakan salah satu modul asas di Asia Camp (rujuk video di bawah). Kami yakin dengan modul yang tepat dan cukup, elemen komunikasi dan inovasi ini akan mampu dibangunkan di dalam diri setiap pelanggan kami.

 

Rujukan:

  1. http://gbyusri.blogspot.com/2014/11/teknik-kemahiran-kreativiti-dan-inovasi.html
  2. ASAS LATIHAN DALAM KUMPULAN DI KEM MOTIVASI

“For good ideas and true innovation, you need human interaction, conflict, and argument debate”. – Margaret Heffernan